Sinopsis
KAIZEN sering diterjemahkan sebagai “continuous improvement” – usaha untuk perbaiki keadaan sesuatu itu secara berterusan. Ia sering dilihat sebagai satu usaha besar yang biasa berlaku dalam proses pembuatan atau digunapakai oleh organisasi-organisasi besar. Buku ini meneroka KAIZEN dari aspek pola fikiran dalam menjalani kehidupan seharian yang melihat penambahbaikan dari perspektif langkah-langkah kecil tetapi berterusan.