Sinopsis
Definisi IKIGAI yang diguna meluas sekarang dipengaruhi pandangan dunia Barat dan mungkin sedikit “lari” daripada definisi IKIGAI “sebenar” dari Jepun. Mungkin juga ada sedikit “lost in translation” – lebih-lebih lagi apabila mahu diperkenalkan kepada masyarakat Malaysia. Atas sebab ini, buku ini ditulis untuk mengupas erti IKIGAI agar dapat diterima oleh masyarakat Malaysia yang sudah sedia majmuk dan unik. Malah, tidak salah kiranya versi ini dinamakan sebagai “my IKIGAI” sempena aplikasinya khusus untuk warga Malaysia.