Apakah perbezaan antara “HRDF TTT Certified Trainer” dan “HRDF Accredited Trainer”?
Dalam konteks HRDF (Pembangunan Sumber Manusia Berhad, PSMB) “HRDF Trainer” adalah trainer profesional yang telah diperakui (certified) dan ditauliah (accredited) oleh pihak mereka (PSMB). Di bawah “HRDF Trainers Development Framework”, para trainers telah dikategorikan seperti berikut:
- TTT Certified Trainers
Kategori ini adalah untuk trainer yang telah berjaya menamatkan 5 hari kursus persijilan “HRDF Train-The-Trainer Certification Programme” (TTT) dan diperakui layak untuk mengendalikan program latihan
- TTT Exempted Trainers
Kategori ini pula adalah untuk trainer yang telah mendapat pengecualian daripada hadir kursus TTT atas kelayakan persijilan, kelulusan akademik atau pengalaman yang diperakui.
- HRDF Accredited Trainers
Kategori ini adalah bagi “TTT Certified Trainer” atau “TTT Exempted Trainer” yang telah melalui proses pentauliahan melalui:
+ penilaian kompetensi oleh panel dilantik HRDF, atau
+ penilaian aktiviti berdasarkan jumlah jam latihan bersamaan 120 jam
Sebagai “HRDF Accredited Trainer”, sesi latihan yang dikendalikan untuk majikan yang berdaftar layak mendapat tuntutan HRDF (HRDF Claimable).
Bagi menjamin kualiti latihan yang ditawarkan, pihak PSMB telah menetapkan syarat bahawa semua trainer perlu hadir TTT (kecuali bagi yang layak syarat pengecualian mengikut Pekeliling 4/2009) dan wajib melalui proses pentauliahan (accreditation assessment) sebelum menjalankan latihan di bawah mana-mana skim latihan HRDF. Tempoh satu (1) tahun diberikan untuk trainer mendapatkan status “HRDF Accredited Trainer” setelah mendapat sijil TTT (atau sijil pengecualian TTT).
Huraian rasmi mengenai perkara di atas dan lain-lain perkara berkaitannya boleh dibaca di pautan: www.hrdf.com.my/hrdf-trainer/

Simply wanted to express Now i’m glad I came upon your web page!
Hello,
Sy sudah mengikuti kursus TTT 5 hari dan telah mendapat sijil . I am now a TTT Certified. Jika menurut surat pekeliling, sy akan memohon sebgai Accredited Trainer di bawah TDF melalui proses Activity dan bukan Assessment. Soalan sy,
1. Adakah sy record sesi latihan sy (minimum 4 jam) sama seperti requirement Assessment ?
2. Adakah boleh sy jalankan sesi latihan itu sendiri melalui syarikat sy sendiri ?
3. Adakah dokumen yg sy kumpul untuk submit the HRDF nanti terpakai jika sy menjalankan latihan 120 hours itu dengan syarikat yang tidak berdaftar dengan HRDF ?
Harap sy dapat jawapan dari Tuan.
Terima kasih.
Terima kasih atas komen Tuan, boleh ajukan terus pada support@hrdf.com.my
Kami juga sedang tunggu garis panduan terkini selepas TDF ditunda sebab pandemic.