• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

SUDAH TTT CERTIFIED TETAPI MASIH TIDAK DAPAT JOB TRAINING?

Lima (5) hari dalam kelas, semalaman tidak tidur memikirkan pembentangan untuk “final assessment”, berpeluh beraksi 15 minit di hadapan assessor, akhirnya mendapat perkhabaran gembira, “anda lulus!”

Ramai trainers bersemangat selepas berjaya mendapat sijil TTT kerana akhirnya mereka sudah bergelar “Certified Trainer”. Mereka beranggapan bahawa job mereka akan bertambah. Ada juga yang fikir klien akan mula berebut-rebut untuk dapatkan khidmat mereka.

Maaf, mungkin sebelum ini tiada siapa yang beritahu anda hal ini. Mungkin anda cuma terbaca “copywriting” penyedia khidmat latihan (TP) yang baik-baik sahaja mengenai kelebihan menjadi “Certified Trainer”. Jadi, izinkan saya berkongsi beberapa faktor yang mungkin mempengaruhi peluang anda dapat tawaran “job” selepas terima sijil TTT – maaf jika realiti ini pahit untuk ditelan.

  1. Orang memang tidak suka anda

Antara cara klien menolak seseorang trainer secara baik (untuk jaga air muka), ialah dengan memberikan alasan bahawa kita tidak cukup syarat. Salah satu syarat popular yang dijadikan alasan ialah “tak ada sijil TTT”. Apabila sudah ada sijil, mereka akan berikan alasan lain pula.

  1. Orang tidak tahu anda wujud

Ramai trainer lemah dari segi pemasaran, khususnya “networking”. Mereka mempunyai lingkungan kenalan dalam industri yang terhad. Tambahan pula, mereka tidak aktif berkenalan dengan “key partners” yang betul mengikut model bisnes mereka. Ada juga yang memilih untuk tidak aktif di media sosial kerana mahukan privasi, atau yang lebih parah, ada di media sosial tetapi lebih banyak menyalurkan “negative vibes”.

  1. Anda beroperasi di kawasan “populasi rendah”

Status “Certified Trainer” atau ada sijil TTT adalah syarat bagi syarikat yang mahu buat tuntutan daripada tabung HRD. Ertinya syarikat tersebut perlu terlebih dahulu ada tabungan (majikan yang mencarum). Jadi secara umumnya, di mana kita beroperasi akan memainkan peranan yang besar. Sebagai contoh, lebih banyak syarikat yang mencarum berada di kawasan Lembah Klang berbanding di Kelantan, Kedah dan Perlis. Manakala di sesetengah negeri lain pula, para majikan masih lagi kurang kesedaran tentang penggunaan levi dan kurang aktif menggunakan tabungan HRD mereka untuk melatih kakitangan.

  1. Topik anda terlalu umum

Pada masa ini ada lebih 30,000 “Certified Trainer” di seluruh Malaysia. Kebanyakan menawarkan program latihan “soft skills”. Antara topik “soft skills” yang paling biasa kita dengar adalah: Communication Skills, Supervisory Skills, Motivation, Leadership, Time Management, Image and Grooming, Team building dan Customer Service. Topik-topik ini ramai trainers boleh buat walau apa pun latar belakang mereka, termasuk mereka yang datang dari bidang teknikal mahupun akademia. Disebabkan itu, klien ada banyak pilihan dan pesaingan anda sebagai trainer yang baru “certified” juga tinggi.

  1. Anda tidak pernah ambil tahu tentang PSMB (dahulu dijenamakan sebagai HRDF, kini HRD Corp)

Ramai trainer yang “lost” selepas hadir TTT sebenarnya tidak pernah sekali pun jejak kaki ke Wisma PSMB atau mana-mana cawangan pejabat PSMB. Rata-rata apa yang mereka tahu dan dengar mengenai PSMB adalah melalui “cerita-cerita” yang disampaikan oleh rakan-rakan trainer lain. Lebih memalukan, mereka tidak pernah buka website PSMB pun sedangkan banyak persoalan mereka akan terjawab jika mereka rajin sedikit membaca. Untuk pengetahuan, PSMB adalah ringakasan untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad, atau lebih dikenali dengan penjenamaan baharu mereka, HRD Corp – sebuah badan bawah naungan Kementerian Sumber Manusia.

Kesimpulannya, janganlah salahkan kursus persijilan Train The Trainer (TTT) atau trainer yang mengajar TTT jika diri sendiri gagal bertapak dalam industri. Mana-mana bidang yang kita ceburi sekali pun, yang penting adalah usaha yang setimpal jika mahu berjaya. Salah satu ciri yang perlu ada sebagai “Certified Trainer” adalah berdaya sumber (resourcefulness) dan tidak mudah putus asa.

Ahmad Fauzan Othman
Lead Trainer for HRD Corp Train-The-Trainer Certification Course by Access Ideas Malaysia

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD 201401037859 (1114005-D)
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. 201401037859 (1114005-D). All rights reserved. Terms & Conditions