Buku.
Kereta.
Khidmat profesional.
Tiga (3) ini, jangan berkira jika mahu jadi freelance trainer yang berjaya.
Ya, memang duit sering jadi kekangan utama seorang freelance trainer sepenuh masa. Namun,
dalam kita mengikat perut untuk hidup jimat cermat, jangan kedekut untuk buku, kereta dan khidmat profesional.
Buku
Buku adalah nadi training. Beli buku original agar ilmu yang disampaikan juga original. Jangan pinjam buku orang tapi malas nak pulang balik. Jangan photostat melainkan buku itu sudah tiada dalam circulation. Beli sebagai tanda sokongan kepada usaha keras orang lain. InsyaAllah ada berkatnya.
Kereta
Bukan untuk bermewah tapi keperluan. Tak perlu Honda Civic, ada Perodua Kancil pun cukup, asalkan selamat untuk dibawa dan aircond berfungsi. Jangan terlampau nak jimat dengan naik tren sahaja. Ia akan ganggu tenaga dan pola minda kita jika kita asyik hadkan pergerakan kita kerana tidak mahu gunakan duit untuk isi minyak, bayar tol dan bayar parking.
Khidmat profesional
Kita mahu dibayar secara profesional, maka kita juga jangan culas bayar untuk khidmat profesional orang lain. Designer, photographer, translator walaupun mungkin nampak macam kita boleh jimat dengan buat sendiri, tiba masanya kita perlu guna kepakaran orang lain untuk hasilkan sesuatu yang lebih berkualiti. Lagipun, kita akan dapat wujudkan business ecosystem dengan saling berkongsi rezeki.
