• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

Perbezaan antara ‘Goal Setting’ dan ‘System Setting’

Kita sudah berada pada penghujung tahun dimana ramai akan memikirkan tentang azam tahun baru untuk tahun yang akan datang. Apabila berazam, ramai yang beranggapan bahawa kemahiran yang memainkan peranan paling penting ialah ‘goal setting’. Ini kerana azam sangat sinonim dengan matlamat – sesuatu yang mahu dicapai.

Kali ini, kami ingin memperkenalkan konsep ‘system setting’ – satu kemahiran yang menyerupai penetapan matlamat namun sedikit berbeza perspektifnya.

Sebelum ke penjelasan ‘system setting’ mari kita lihat semula apa itu ‘goal setting’.

‘Goal setting’ biasanya dikaitkan dengan singkatan S.M.A.R.T.

  • Specific 
  • Measurable 
  • Achievable 
  • Realistic 
  • Timely

Sedikit penambahbaikan perlu di sini – terutama sekali apabila membuat azam.

S.M.A.R.T. adalah satu panduan yang bagus, namun terlalu “left-brain”. Ia sangat berat kepada logik, bukan emosi. Dan, kita semua sedia maklum bahawa manusia merupakan makhluk yang sangat dipengaruhi emosi.

Jadi, kami perkenalkan S.M.A.R.T.e.r

  • Specific – khusus, jelas dan tepat 
  • Measurable – boleh diukur dan dilihat pencapaiannya dengan nombor 
  • Action-based – berbentuk tindakan supaya mudah dilaksanakan 
  • Relevant – sesuai dengan kehendak dan keperluan individu tersebut 
  • Time-framed – mempunyai had masa yang jelas 
  • exciting – seronok untuk dicapai, menimbulkan motivasi berterusan 
  • rewarding – berbaloi dan pulangan yang setimpal dengan usah

Kami kira penjelasan ringkas di atas sudah cukup memadai untuk anda faham apa yang dimaksudkan dengan memasukkan elemen “right-brain” dan emosi kepada penetapan matlamat yang selama ini sarat logik.

Seterusnya, setelah mempunyai azam yang jelas hala-tujunya.

Kita perlu menerapkan kemahiran ‘system setting’ atau bahasa mudahnya, membentuk persekitaran yang membawa kepada mencapai matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda meletakkan matlamat: “Turun 10kg sebelum Hari Raya 2024” (cukup sifat S.M.A.R.T.e.r.)

Anda perlu memikirkan apakah keadaan persekitaran yang menyokong pencapaian matlamat ini.

Dalam situasi ini, antaranya mungkin:

  • Kurangkan pengambilan gula 
  • Lebihkan makan sayur 
  • Berjogging setiap Sabtu dan Ahad 
  • Membuat regangan sebaik sahaja bangun dari tidur 
  • Membuat 20 push up dan 20 sit up setiap hari 
  • Tidur dan rehat yang cukup

(Nota: Ini bukan tips menurunkan berat badan yang sebenar, ini sekadar contoh)

Jadi sekarang, untuk mencapai matlamat “Turun 10kg sebelum Hari Raya 2024”, adakah anda perlu fokus kepada matlamat atau fokus kepada sistem yang membentuk persekitaran agar boleh mencapai matlamat?

Contoh lain; “Mencapai sasaran jualan RM1,000,000 setahun“

Mungkin anda perlu melihat tahap pencapaian aktiviti-aktiviti berikut:

  • Membuat 20 panggilan ke potential client sehari 
  • Mendapat 6 temujanji dengan client setiap hari 
  • Membuat follow-up 
  • Membuat 1 close sales bagi setiap 4 temujanji 
  • Memastikan dokumen bagi proses jualan lengkap 
  • Memastikan produk sampai ke client pada masa yang dijanjikan

(Nota: Ini bukan tips mencapai sasaran jualan yang sebenar, ini sekadar contoh)

Kesimpulannya, berazam itu hanyalah permulaan. Langkah seterusnya ialah untuk memikirkan dan memastikan sistem untuk mencapai matlamat itu diwujudkan. Dengan ‘goal setting’ dan juga ‘system setting’, anda akan mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencapai azam 2024 atau apa jua matlamat anda.

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD 201401037859 (1114005-D)
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. 201401037859 (1114005-D). All rights reserved. Terms & Conditions