“Apa yang perlu saya lakukan setelah saya lulus dan menerima sijil TTT?”
Soalan ini sering ditanya oleh para trainer. Ramai yang tertanya-tanya apakah langkah mereka seterusnya? Untuk menangani pertanyaan ini, kami menyediakan panduan yang boleh diikut.
Di bawah ini adalah gambarajah yang menunjukkan langkah mudah yang perlu dilalui untuk dapatkan Accreditation by Assessment, diikuti dengan penjelasan ringkas mengenai langkah-langkah yang perlu diambil dan apa yang perlu dilakukan.

Langkah pertama, sediakan Profil Trainer (Trainer Profile) anda di dalam HRD Corp’s Trainer’s Development Management System (TDMS)
- Setelah menerima sijil TTT, anda boleh log masuk ke https://trainers.hrdcorp.gov.my/login untuk mendaftar profil anda.

- Klik ‘Register as member’ dan lengkapkan borang tersebut.
- Pengesahan akan dihantar melalui email. Buka email anda dan klik ‘Verify Now’.
- Isi butiran anda dan muat naik salinan softcopy sijil TTT, salinan MyKad dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan. Pastikan butiran yang anda berikan tepat.
- Notifikasi kelulusan akan dihantar ke alamat email TDMS yang telah anda daftarkan. Biasanya proses ini mengambil masa kira-kira 2 hari bekerja setelah segala maklumat dihantar dengan lengkap dan tepat.
Nota: Anda boleh muat turun panduan pelaksanaan dan panduan pengguna TDMS – TDMS User Guideline melalui pautan ini https://hrdcorp.gov.my/hrd-tdf/ (scroll ke bawah hingga ke bahagian RESOURCES)
Seterusnya adalah HRD Corp Trainer Accreditation Fee
- Bagi para trainer yang telah tamat TTT pada dan selepas tahun 2021, anda boleh hantarkan email ke tdu@hrdcorp.gov.my menggunakan alamat email yang sama seperti yang telah anda daftarkan, dan nyatakan HRD Corp Trainer Accreditation Fee sebagai subjek email. Arahan lanjut akan diberikan. Di bawah ini adalah contoh email yang perlu dihantar.
Example of email:
Dear Sir/Madam,
I would like to verify my advance payment for “TTT HRD Corp 2021 Accreditation Fee”.
My info is as below:
Name: xxx
IC No: xxx
Training Provider: xxx
Email address: xxx
Thank you.
- Untuk makluman dan perhatian, proses ini mungkin memerlukan sedikit masa disebabkan jumlah email yang banyak diterima pada satu masa. Maka PASTIKAN LANGKAH INI DILAKSANAKAN sebelum meneruskan proses permohonan Accreditation Application in TDMS.
- Trainer yang tamat TTT pada tahun 2021 dan seterusnya, DAN TELAH MENERIMA email pengesahan Accreditation by ASSESSMENT (lihat panduan pelaksanaan dan panduan pengguna TDMS – TDMS User Guideline, item 2.2.2 dan Implementation Guide, item 7.0 dan seterusnya).
Penyerahan untuk HRD Corp Trainer Accreditation by Assessment Process
- Trainer yang TELAH MENERIMA email pengesahan Accreditation Fee dari HRD Corp boleh teruskan dengan Trainer Accreditation by Assessment Process (lihat panduan pelaksanaan dan panduan pengguna TDMS – TDMS User Guideline, item 2.2.2 dan Implementation Guide, item 7.0 dan seterusnya).
Sila rujuk Appendix A dalam Implementation Guide untuk spesifikasi keperluan video. PENTING untuk BACA bahagian ini dengan teliti sebelum anda merekodkan video anda untuk memastikan pematuhan keperluan. Sila ambil perhatian bahawa dalam VERSI TERBARU panduan, bermula dari 22 Mac, hanya rakaman video SESI LATIHAN BERSEMUKA yang akan diterima.
Untuk Accreditation by Assessment Process, anda perlu menggunakan TDMS dan lampirkan dokumen sokongan, termasuk URL video, garis panduan kursus, pelan pengajaran, slide pembentangan, dan borang kehadiran.

Accreditation by Assessment Process – Appendix A
- Sila rujuk Appendix A dalam Implementation Guide untuk spesifikasi keperluan video. PENTING untuk BACA bahagian ini dengan teliti sebelum anda merekodkan video anda untuk memastikan pematuhan keperluan. Sila ambil perhatian bahawa dalam VERSI TERBARU panduan, bermula dari 22 Mac, hanya rakaman video SESI LATIHAN BERSEMUKA yang akan diterima.
- Untuk makluman dan perhatian, Accreditation by Assessment Process ini mungkin memerlukan masa 3 bulan atau lebih untuk diselesaikan kerana jumlah permohonan yang banyak diterima pada satu masa serta kelapangan 3-panel penilai. Untuk mengelakkan kelewatan, anda disarankan agar tidak memohon pada saat akhir dan mengharapkan kelulusan secepatnya.
Nota untuk HRD Corp Trainer Accreditation by Activity Process
- Bagi trainer yang tamat TTT sebelum 2021, anda perlu membuat pembayaran sebanyak RM60 selepas memuat naik dokumen sokongan untuk Accreditation by Activity (rujuk TDMS User Guideline – Item 3.2 dan seterusnya). HRD Corp menerima ‘backdated’ training hingga 2018, dengan dokumen yang lengkap seperti yang diminta. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahawa anda perlu kemukakan 120 jam latihan dari tempoh 12-bulan kalendar sahaja (contohnya, latihan dijalankan antara 1 Jun 2018 hingga 31 Mei 2019, berjumlah 120 jam).

- Buat masa ini, trainers boleh memohon Akreditasi selepas tempoh masa – grace period (6 bulan bagi certified trainers dalam dan selepas 2021, dan 3 tahun untuk certified trainers sebelum 2021. Walau bagaimanapun, apabila peraturan Accredited Trainer dikuatkuasakan, trainers tidak lagi dibenarkan menjalankan HRD Corp Claimable Courses.
- Notis Pengecualian: Perlu diambil perhatian bahawa maklumat yang diberikan ini sah sehingga 1 Ogos 2023. Sebarang pengubahsuaian selepas tarikh ini, maklumat ini berkemungkinan tidak lagi tepat. Untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat, anda disarankan agar merujuk kepada laman web HRD Corp .
- Sekiranya anda ingin dapatkan pandangan atau berminat untuk mengorak langkah yang seterusnya seperti menubuhkan syarikat ‘training provider’ anda sendiri, anda mungkin boleh sertai sesi Train-the-Trainer:NEXT STEP kami.
