Sekiranya anda berminat untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta mempunyai hajat untuk menjadikan training sebagai satu kerjaya, tips berikut mungkin sesuai untuk anda!
Di Malaysia, pasaran latihan terbahagi kepada tiga (3) cabang utama.
- Pasaran korporat
- Pasaran usahawan
- Pasaran pelajar
Setiap satu cabang ini memerlukan pendekatan dan strategi yang berbeza.
Pasaran korporat dan usahawan, secara umumnya terdiri daripada peserta sasaran yang dewasa (adult learners) manakala pasaran pelajar terdiri daripada golongan remaja dan kanak-kanak.
Jadi, tips yang pertama adalah:
1. Belajar tentang Andragogy
Peserta dewasa perlu dilatih dengan pendekatan “adult learning”, iaitu “andragogy” . Ia berbeza dengan pendekatan untuk remaja dan kanak-kanak yang lebih tertumpu pada pendekatan “pedagogy”.
Sekiranya anda berminat mengajar pasaran korporat sebagai Corporate Trainer, maka menjadi satu kewajipan untuk mempelajari teknik pendekatan “andragogy”. Ini kerana peserta dewasa, terutama yang bekerja dalam sektor korporat mempunyai citarasa dan tahap penerimaan yang lebih matang dan tidak gemar disogokkan dengan layanan dalam latihan yang bersifat kebudak-budakan. Mereka juga ada “expectation level” yang berbeza dan biasanya lebih tinggi daripada peserta pasaran latihan yang lain.
Seterusnya, sektor korporat menurut definisi, adalah terdiri daripada entiti bisnes yang besar. Di Malaysia, menurut Akta PSMB 2001, syarikat yang mempunyai lebih dari 10 pekerja tempatan wajib mencarum ke tabung HRD (HRD Fund). Tabungan ini diwujudkan untuk memastikan pekerja mereka mendapat peluang latihan. Ini kerana perbelanjaan bagi latihan yang dijalankan boleh dituntut semula oleh syarikat berkenaan daripada tabung tersebut.
Oleh itu, pastikan anda,
2. Belajar mengenai HRD Corp
HRD Corp atau dahulunya dikenali sebagai HRDF, merupakan badan yang menyelia dan menguruskan hal-hal mengenai tabung dan dana untuk latihan. Mereka bertanggungjawab memastikan syarikat mendaftar, mencarum dan menggunakan dana tabungan untuk menjalankan latihan.
Walaupun kebanyakan syarikat korpraot biasanya mempunyai bajet khusus untuk latihan pekerja, dengan adanya tabung HRD ini, perbelanjaan latihan mereka menjadi lebih mudah kerana syarikat tidak perlu mengeluarkan duit dan mengganggu “cash flow” untuk operasi mereka disebabkan pihak HRD Corp akan membayar terus kepada syarikat penyedia khidmat latihan (training provider, TP) apabila latihan dijalankan.
Syarat untuk satu-satu latihan itu layak dituntut adalah:
- Program latihan didaftarkan dengan HRD Corp
- Syarikat TP berdaftar dengan HRD Corp
- Trainer diiktiraf oleh HRD Corp
Bagaimana untuk jadi trainer yang diiktiraf HRD Corp?
Pastikan anda,
3. Dapatkan sijil TTT HRD Corp
Bagi mendapatkan sijil TTT HRD Corp, anda perlu hadir kursus persijilan HRD Corp Train-The-Trainer yang dianjurkan oleh vendor bertauliah seperti kami, Access Ideas Malaysia.
Kursus TTT 5 hari ini, akan mendedahkan anda kepada:
- Perancangan latihan untuk “adult learners” (andragogy)
- Analisa keperluan latihan (Training Needs Analysis, TNA)
- Membangun program latihan berasaskan kompetensi
- Menyampaikan program latihan berasaskan kompetensi
- Menilai tahap kompetensi peserta latihan
Kami turut akan membantu anda untuk “familiar” dengan proses HRD Corp yang perlu diambil selepas tamat kursus sebagai TTT Alumni kami.
Dengan anda mengambil langkah-langkah ini, peluang anda untuk menjadi Corporate Trainer akan dapat dimulakan dengan langkah kanan, insyaAllah.

