
“You tak rasa bahaya ke buat Train The Trainers ni? You are creating competitors for your own business you know?”
Saya jawab, “Tak”
Saya rasa saya telah diberikan satu amanah besar apabila lulus sebagai approved Master Trainer untuk program Train The Trainer (PSMB certified trainer) ini. Syarikat juga menggalas tanggungjawab besar sebagai approved TTT training provider.
Ini kerana kami berpeluang untuk meningkatkan standard pengendalian latihan di Malaysia.
Sebelum ini, ramai trainers yang mengeluh dengan celebrities dibayar lebih untuk sesi latihan berbanding no-name trainers.
Ditambah pula trainers yang terpaksa mengetepikan kepakaran mereka kerana permintaan kurang dan menyambar segala topik walaupun terpaksa potong jalan kawan.
Di sebelah pihak majikan pula, mereka mengeluh dengan kualiti trainers yang hanya ulang siar konten “cut and paste” dari internet.
“Training materials” tahap “print out slides” masih berleluasa.
Isi kandungan latihan tidak berasaskan matlamat peningkatan kompetensi juga terus membanjiri pasaran.
Itu belum kira lagi tak ada “pre-post test” dan laporan pasca-latihan untuk memudahkan majikan yang mengikut piawaian ISO 9001:2015
Dan akhir sekali, tidak kurang juga masih ada pilihan peserta kursus tangkap muat kerana pegawai latihan tidak dapat menjalankan Training Needs Analysis (TNA) dengan baik.
Kesemua ini kami tidak mampu perbetulkan sendiri. Kami perlukan barisan trainers yang faham kepentingan peningkatan kualiti pengendalian latihan. Kami perlukan orang yang sama-sama ingin berjuang perjuangan yang sama. Cita-cita kami agar suatu hari nanti, standard latihan di Malaysia meningkat dan masyarakat secara umumnya juga akan merasai peningkatan kualiti hidup selaras dengan peningkatan knowledge-based workers di Malaysia. Kami tak mahu hanya duduk komplen dan salahkan kerajaan.
Jadi, anda masih mahu bersaing atau anda mahu ramai rakan seperjuangan yang mempunyai fokus kepakaran berbeza? ?
#theIdeaSensei
#TrainTheTrainer
#kokorozashi
#ikigai
#apasalahkitamakansamasama
