Sesiapa yang ada anak kecil, pasti akan risau apabila melihat kanak-kanak bermain dengan gunting.
Kenapa begitu?
Secara logiknya kita tahu gunting itu satu alat yang bermanfaat. Namun, kita khuatir kerana ada risiko pada gunting disebabkan ianya tajam.
Risiko ini lebih tinggi sekiranya pengendalinya seorang anak kecil yang mungkin belum mahir menggunakannya. Salah guna dan cuai boleh meningkatkan kemungkinan kemalangan yang tidak diingini semasa bermain dengan gunting.
Begitu juga dengan kaedah latihan. Ibarat seperti gunting, ianya “alat” yang sangat bermanfaat. Namun begitu ia juga ada tahap risikonya tersendiri. Terutama dalam tangan pengendali yang kurang mahir, cuai ataupun berniat serong.
Kita bukan menafikan hak untuk mencuba dan “belajar sambil buat”. Apa yang kita khuatir adalah risiko menggunakan sesuatu alat tanpa pengetahuan yang asas – lebih-lebih lagi dari aspek salah guna secara sedar ataupun tidak.
Sesiapa saja boleh jadi trainer, cuma pastikan kita selamat dengan mengutamakan ilmu tentang asas, kaedah, dan rasa tanggungjawab. Jangan hanya buat sebab ikut-ikutan. Belajar sebelum mengajar.
