• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

Bagaimana Pakar Bidang Boleh Membina Pelapis?

Membina pelapis adalah salah satu strategi penting jangka masa panjang untuk kelestarian dan kesinambungan legasi sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang mempunyai tenaga kerja mahir yang telah berkhidmat lebih 10 tahun sebenarnya memiliki aset yang sangat berharga dalam bentuk ‘Pakar Bidang’.

Walau bagaimana pun, seseorang ‘Pakar Bidang’ (Subject Matter Expert) itu perlu terlebih dahulu didedahkan dan dilatih dengan keupayaan menterjemahkan segala pengetahuan dan pengalaman mereka kepada “transferable competencies” (keterampilan boleh-pindah) supaya mereka dapat membina pelapis serta membimbing mereka agar mencapai tahap keterampilan (competency level) yang diperlukan.

‘Pakar Bidang’ perlu boleh kenalpasti dan mengesahkan tahap keterampilan yang perlu dicapai oleh individu yang mereka akan latih atau bimbing. Keterampilan (competency) perlu mengambilkira pengetahuan, kemahiran dan sikap (dalam bentuk tindakan) – kesemua ini perlu boleh dibuktikan melalui penilaian prestasi. Pakar Bidang yang mampu menghuraikan kriteria penilaian prestasi dengan jelas dan tersusun rapi akan dapat membuat penilaian serta mengenalpasti kaedah yang paling baik untuk membuat penilaian pencapaian. Daripada kesemua komponen ini, sesebuah program latihan berasaskan keterampilan (Competency-based Training) dapat dibangunkan untuk membina individu yang perlu dilatih dan dibimbing.

Disebabkan ‘Pakar Bidang’ mungkin hanya berketerampilan dalam satu-satu bidang khusus, maka seharusnya mereka menumpukan perhatian kepada pembangunan konten dalam ruang itu sahaja berbanding membebankan diri dengan pelbagai aspek lain yang mungkin mempengaruhi prestasi seseorang individu. Seseorang ‘Pakar Bidang’ tidak perlu jadi ‘pakar emosi’, ‘pakar motivasi’, ‘pakar terapi’, ‘pakar kaunseling’, mahu pun ‘pakar tilik’.

‘Pakar Bidang’ hanya perlu membangunkan senarai:

  1. Aktiviti kerja (Work Activities) lengkap yang menghasilkan ‘outcome’, dan
  2. Kriteria prestasi (Performance Criteria) yang menjelaskan bagaimana ‘outcome’ aktiviti yang baik dan sempurna

Dua (2) senarai ini akan kemudiannya diterjemahkan kepada bentuk:

  1. Pengetahuan yang diperlukan (Related Knowledge)
  2. Kemahiran yang diperlukan (Related Skills)
  3. Tindakan yang perlu dilakukan (Observable Behaviours)
  4. Kaedah atau strategi penyampaian pembelajaran (Delivery Mode)
  5. Jumlah masa minima yang diperlukan bagi mempelajari teori dan menjalankan latihan amali (Training Hours = Contact Hours + Independent Learning Hours)

Semestinya tiada formula ‘one-size-fits-all’ untuk apa yang dinyatakan di atas, namun setidak-tidaknya mereka yang telah melalui proses memperoleh pengetahuan dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu akan mempunyai gambaran yang lebih baik tentang ‘keterampilan’ yang telah mereka miliki. Oleh yang demikain, dengan ilmu serta bimbingan untuk menstruktur konten, adalah tidak mustahil untuk ‘Pakar Bidang’ mendidik, mengajar, serta melatih individu lain bagi memindakan ilmu serta kemahiran yang mereka ada.

Untuk ini, salah satu caranya ialah dengan melatih ‘Pakar Bidang’ itu sendiri melalui program pembangunan kemahiran latihan seperti ‘Train-The-Trainer’. Bagi yang berminat, anda dijemput untuk layari pautan di bawah bagi menyertai sesi seterusnya yang bakal diadakan pada tarikh dan di lokasi yang berhampiran.

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. (1114005D). All rights reserved. Terms & Conditions