• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

JOM JADI TRAINER PROFESIONAL

Orang biasa bercerita tentang potensi jana pendapatan dan peluang kaut untung dengan bisnes latihan. Banyak program latihan di luar sana juga dijual dengan sudut penceritaan sebegini. Itu cara mereka.

Saya ingin jemput mereka yang ingin melibatkan diri dalam dunia latihan kerana:
1. Passion
2. Mission
3. Social Responsibility

PASSION

Kalau diterjemahkan, perkataannya adalah “keghairahan”. Saya lebih gemar gunakan istilah “minat tanpa lelah”.

“Passion” ini biasanya kita tidak kaitkan dengan wang ringgit. Kalau kita “passionate” sebab kejar duit, saya harap anda cari guru lain.

Semua syarikat penyedia khidmat latihan (Training Provider,  TP) yang dilantik oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau lebih dikenali sebagai HRDF, untuk mengendalikan kursus persijilan HRDF-TTT ini mengajar dari sumber bahan yang sama. Kelima-lima modulnya sama dan harga jualannya juga sama kerana ditetapkan oleh HRDF sendiri.

Apa yang membezakan antara TP adalah Lead Trainer yang bertugas. Apa yang membezakan antara Lead Trainer adalah falsafah dan penekanan masing-masing.

Saya suka fokus kepada peningkatan mutu latihan dan ini perlu “minat tanpa lelah”.

MISSION

Dari hari pertama saya memilih untuk menjadi trainer, misi saya adalah untuk jadikan latihan itu milik semua. #MakeTrainingAccessible

Saya pernah disekat daripada menghadiri latihan semasa bekerja, dan saya tidak mahu perkara tersebut berulang kepada sesiapa pun. Saya juga tidak gemar kepada monopoli topik pihak-pihak tertentu. Biar latihan ini terbuka kepada orang ramai dan mereka pilih mengikut keperluan masing-masing.

Jika kita mahu mengubah lanskap dunia latihan dan memperbaiki kualiti tenaga kerja tempatan, kita perlu kepada trainers yang ada misi menjangkaui keuntungan bisnes mereka sendiri.

SOCIAL RESPONSIBILITY

Saya bukan tidak peduli langsung tentang faktor kewangan. Namun, saya lebih suka sekiranya penekanan diberikan lebih kepada mendidik berbanding menjual. Dalam dunia latihan, pedapatan adalah hasil yang diperoleh daripada kerja mendidik.

Jika kita mahu ilmu dihargai, maka kita jangan jadikannya seperti bahan picisan. Kita perlu pupuk rasa tanggungjawab untuk memertabatkan ilmu di tempatnya. Masing-masing ada peranan dan tanggungjawab yang sesuai dengan tugasan yang digalas.

Majikan bertanggungjawab memberikan ilmu kepada pekerja. Pekerja perlu amalkan ilmu yang diterima agar prestasi meningkat. Pegawai latihan bertanggungjawab menjalankan tugas mengelolakan transaksi peralihan ilmu dengan telus. Penyedia khidmat latihan perlu menjalankan tugas peralihan ilmu dengan cermat.

Sekiranya semua yang terlibat ada rasa tanggungjawab kepada komuniti dalam dunia latihan khususnya dan masyarakat secara umumnya, insyaAllah negara akan memiliki barisan tenaga kerja mahir dan professional selaras dengan matlamat yang disasarkan.

Jadi, saya jemput mereka yang sealiran dengan falsafah ini untuk sertai saya dalam kursus persijilan HRDF-TTT agar kita dapat sama-sama bergandingan tenaga dan usaha untuk meningkatkan akses kepada latihan berkualiti tinggi.

Jika ini yang anda mahu, insyaAllah saya sudi menjadi gurunya.

#theIdeaSensei
#TrainTheTrainer
#MakeTrainingAccessible
#beyondTTT
#ikigai




Reader Interactions

Comments

  1. norwati che kar says

    April 22, 2021 at 11:49 pm

    class in english or bahasa?

    • mazlin says

      April 23, 2021 at 2:12 am

      It will be a mixture of both languages.

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. (1114005D). All rights reserved. Terms & Conditions