• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

Kursus Latihan Percuma yang Trainer Patut Sertai dalam Portal HRDF e-LATiH

Pada 6 Februari 2021, Pembangungan Sumber Manusia Berhad atau yang lebih dikenali sebagai HRDF telah menlancarkan hab e-pembelajaran, “e-LATiH” yang menyediakan kursus latihan dalam talian percuma berasaskan pembangunan kemahiran dan pendidikan.

Sebagai rakyat Malaysia, kami di Access Ideas (M) Sdn. Bhd. menyambut baik inisiatif ini dan melihatnya sebagai satu langkah positif ke arah peningkatan kemahiran dan pembangunan tenaga kerja Malaysia. Dengan ratusan kursus latihan yang disediakan secara percuma di portal HRDF e-LATiH ini, seharusnya mendorong rakyat Malaysia secara umumnya menerapkan pembelajaran dan pemerolehan pengetahuan kendiri di waktu pandemik ini.

Pada masa yang sama, sebagai syarikat penyedia khidmat latihan yang memberikan tumpuan kepada Pembangunan Jurulatih dan Kompetensi (Trainer’s and Competency Development), Access Ideas (M) Sdn. Bhd. dengan sukacitanya ingin menggalakkan para trainers untuk menyertaikan kursus-kursus latihan berikut yang ada tersenarai di dalam portal HRDF e-LATiH sebagai salah satu strategi pembelajaran berterusan dan penilaian kompetensi trainer itu sendiri.

Training and Development

Durasi: 1 jam

Kursus asas bagi memahami peranan latihan dan pembangunan dengan menggunakan contoh industri pembuatan. Antara kandungan termasuk huraian jenis dan bentuk latihan, syor pembangunan latihan mengikut OHSA serta tips latihan dan pembangunan untuk industri pembuatan.

Corporate Training Fundamentals

Durasi: 1 jam

Kursus asas bagi memahami perspektif latihan sektor korprat. Antara kandungan menarik adalah strategi mendapatkan sokongan peringatkan atasan bagi inisiatif latihan, peranan latihan dalam operasi bisnes serta tips merangka strategi latihan mengikut citarasa korprat.

Designing and Facilitating Training

Durasi: 30 minit

Kursus pengenalan kepada membina dan menjalankan sesi latihan. Antara kandungan yang dibincangkan adalah kepentingan menetapkan matlamat dalam bentuk hasil yang mahu dicapai, menangani isu masa dan tenaga peserta latihan serta keperluan untuk sentiasa menerima maklum balas tentang kualiti sesi latihan.

Learning and the Fourth Industrial Revolution

Durasi: 30 minit

Kursus pengenalan kepada IR4.0 dan kesannya kepada cara pembelajaran. Antara kandungan utama kursus ini adalah melihat keperluan perubahan kepada kaedah pembinaan konten serta strategi penyampaian berdasarkan tren semasa dan data yang diperolehi dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Kami yakin topik-topik ini dapat membantu para trainers dan serba sedikit boleh menjadi satu dorongan positif untuk menilai keberkesanan penyampaian latihan masing-masing melalui sesi kuiz yang disediakan dalam portal e-pembelajaran ini.

Sila layari https://elatih.hrdf.com.my/

Selamat mencuba!

Access Ideas (M) Sdn. Bhd. merupakan salah satu daripada vendor yang dilantik oleh Pembangungan Sumber Manusia Berhad untuk menjalankan kursus persijilan HRDF Train-The-Trainer.

Reader Interactions

Comments

  1. Hishamuddin Md Som says

    April 9, 2021 at 7:27 am

    Am I eligible to join this course?

    • mazlin says

      April 14, 2021 at 5:26 am

      Boleh…open to all Tuan. Boleh ke link ini https://elatih.hrdf.com.my/

  2. Abdul kharis bin mohamad yahaya says

    April 9, 2021 at 10:48 pm

    Berminat dgn kursus

    • mazlin says

      April 14, 2021 at 5:28 am

      Kursus open to all Tuan. Boleh ke link berikut untuk sertai kursus
      https://elatih.hrdf.com.my/

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. (1114005D). All rights reserved. Terms & Conditions