Mari kita lihat situasi berikut:
Rashidi telah berkhidmat di syarikatnya selama 12 tahun. Beliau merupakan individu yang sentiasa menjadi tempat rujukan. Beliaulah yang paling arif tentang setiap sistem, pelanggan dan proses kerja. Setiap kali timbul masalah, rakan sekerja akan dapatkan bantuannya kerana Rashidi sentiasa mempunyai jawapan.
Namun, ada satu perkara yang tidak pernah dilakukannya, iaitu berkongsi ilmu dan pengalaman kerja. Selama bertahun-tahun, Rashidi menjadi penyimpan kepada pelbagai pengetahuan dan pengalaman yang sangat bernilai. Beliau lebih cenderung menyelesaikan masalah berdasarkan kepakaran sendiri daripada membimbing orang lain supaya mampu melakukan perkara yang sama. Lama-kelamaan, kepakarannya menjadi sesuatu yang amat diperlukan oleh organisasi, tetapi tidak pernah benar-benar dipindahkan kepada orang lain.
Sehinggalah pada suatu hari, Rashidi mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan. Hanya dalam beberapa minggu, kesannya mula dirasai. Pasukan yang sebelum ini bergantung kepada beliau mula menghadapi kesukaran menguruskan pelanggan yang pernah dikendalikan olehnya. Proses kerja yang kelihatan mudah menjadi rumit kerana tiada siapa benar-benar memahami cara ia dilaksanakan. Beberapa tugasan tertangguh, produktiviti mula menurun, malah salah seorang pelanggan utama mula mempertimbangkan pilihan lain.
Masalah sebenar bukan kerana Rashidi meninggalkan organisasi. Masalahnya ialah ilmu, pengalaman dan kepakaran beliau turut pergi bersamanya.
Risiko Yang Sering Tidak Disedari Dalam Organisasi
Kisah Rashidi bukanlah sesuatu yang luar biasa. Malah, situasi seperti ini berlaku dalam banyak organisasi.
Setiap organisasi mempunyai individu yang telah lama berkhidmat dan mengumpul pelbagai pengetahuan, kemahiran serta pengalaman sepanjang kerjaya mereka. Mereka memahami selok-belok operasi, tahu menyelesaikan pelbagai cabaran, dan telah membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan serta rakan kerja.
Namun, apabila semua pengetahuan itu hanya berada pada seorang individu, organisasi sebenarnya sedang berdepan satu risiko yang besar. Organisasi menjadi terlalu bergantung kepada individu, bukannya kepada sistem atau budaya perkongsian ilmu. Apabila individu tersebut berpindah atau bersara, pengetahuan yang amat bernilai juga berisiko hilang bersama mereka.
Ilmu bukan sesuatu yang sepatutnya dimiliki oleh seorang individu sahaja. Ia perlu dikongsi, dipindahkan dan dibangunkan supaya lebih ramai dapat memanfaatkannya. Di sinilah peranan kepimpinan menjadi semakin penting.
Kepimpinan Bukan Sekadar Mengurus Tugasan
Pemimpin yang berkesan bukan sekadar memastikan sasaran tercapai atau tugasan harian diselesaikan. Mereka juga bertanggungjawab membangunkan potensi orang lain.
Seorang pengurus hari ini bukan sahaja perlu memastikan kerja berjalan lancar, malah perlu membantu ahli pasukan berkembang, menyediakan pelapis kepimpinan dan memastikan ilmu serta pengalaman terus dikongsi dalam organisasi.
Tanggungjawab ini memerlukan lebih daripada sekadar memberi arahan. Ia memerlukan pemimpin yang mampu membimbing, melatih, memberi sokongan dan mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pembelajaran serta pembangunan berterusan.
Apabila pengurus dilengkapi dengan kemahiran kepimpinan yang betul, organisasi akan menjadi lebih berdaya tahan. Pasukan mampu bekerja dengan lebih berdikari, pekerja lebih yakin untuk membuat keputusan, dan pengetahuan penting tidak lagi bergantung kepada hanya beberapa individu.
Salah satu cara yang berkesan untuk memperkukuh keupayaan kepimpinan dalam organisasi ialah dengan membangunkan kemahiran coaching dan mentoring dalam kalangan pengurus.
Melalui coaching, pengurus belajar bagaimana membimbing pekerja mencari penyelesaian sendiri, menggalakkan pemikiran kritis, dan menyokong perkembangan potensi setiap individu.
Melalui mentoring, pekerja yang lebih berpengalaman dapat berkongsi ilmu, pengalaman dan pandangan mereka untuk membimbing serta menyediakan generasi pelapis yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Budaya coaching dan mentoring yang kukuh dapat membantu organisasi:
- Memperkasa pembangunan pekerja
- Memudahkan pemindahan ilmu dan pengalaman
- Melahirkan bakal pemimpin
- Meningkatkan keupayaan serta keyakinan pasukan
- Mengurangkan kebergantungan kepada beberapa individu sahaja
Membangunkan Pengurus Yang Turut Membangunkan Orang Lain
Program Workplace Coaching & Mentoring kami direka khas untuk membantu pengurus memperkukuh keupayaan mereka dalam membimbing, melatih dan membangunkan ahli pasukan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab kepimpinan.
Melalui program ini, peserta akan mempelajari cara untuk:
- Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai pengurus yang membangunkan potensi pekerja.
- Menguasai kemahiran coaching yang praktikal bagi menyokong perkembangan dan prestasi pekerja.
- Mengaplikasikan pendekatan mentoring yang berkesan bagi memudahkan pemindahan ilmu serta menyokong perancangan penggantian (succession planning).
Selain coaching dan mentoring, organisasi juga boleh memperkukuh keupayaan kepimpinan melalui program pembangunan kepimpinan yang tersusun bagi membangunkan pemimpin di setiap peringkat organisasi.
Sertai Leadership Development Programmes kami dan lengkapkan para pengurus dengan kemahiran untuk memberi inspirasi, membangunkan potensi pekerja serta menyediakan generasi pemimpin yang akan menerajui organisasi pada masa hadapan. Daftar di accessideas.com.my/registration.

Leave a Reply