• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

HRDF Trainers’ Development Framework Engagement

Alhamdulillah, team Access Ideas Malaysia telah mendapat peluang untuk hadir ke sesi HRDF Trainers’ Development Framework Engagement pada hari ini. Menurut pihak PSMB, sesi ini merupakan “targeted engagement” yang pertama diadakan selepas survey yang telah dikeluarkan pada 30 Mei lalu.

 

 

Daripada data PSMB, Di Malaysia buat masa ini terdapat lebih kurang 30,000 orang “certified trainers” – jumlah ini termasuk mereka yang telah hadir ke program TTT dan yang mendapat “exemption”. Survey telah dibuka kepada sekitar 5,000 trainers yang berada dalam sistem PSMB (mereka yang ada berurusan dengan PSMB dalam tempoh terdekat). Namun, respon yang diterima cuma sekitar 350 responden. Ini satu jumlah yang sangat rendah berbanding jumlah trainer yang berada dalam pasaran. Atas sebab itu, PSMB mengambil inisiatif untuk bertemu secara langsung dengan trainers yang ada untuk mendapatkan input mereka mengenai HRDF Trainers’ Development Framework ini.

 

 

Team Access Ideas Malaysia dan para alumni program TTT kami telah berpeluang mendapat “first hand information” mengenai framework ini semasa perjumpaan alumi pada 23 Jun lalu. Pada masa itu, framework ini berada diperingkat mendapatkan kelulusan BOD. Namun, pada sesi engagement hari ini, HRDF Trainers’ Development Framework ini telah pun mendapat kelulusan BOD dengan beberapa olahan (berbanding apa yang telah kami dengar pada 23 Jun lalu).

Untuk memberikan sedikit konteks, visi PSMB ialah untuk “melatih SETIAP PEKERJA Malaysia” dan matlamat tahun ini adalah untuk melatih sejumlah 1.2 Juta pekerja tempatan.

Memandangkan sebelum ini angka tersebut hanya sekitar 900,000 pekerja tempatan, PSMB mengharapkan untuk bukan sahaja meningkatkan kuantiti, malah penekanan diberikan untuk memastikan kualiti latihan juga meningkat.

Sehubungan dengan itu, berserta dengan framework ini, PSMB bercadang untuk meletakkan mekanisma kawalan kualiti terhadap dua asas utama latihan iaitu Trainers dan Training Courses. Platform yang bakal diperkenalkan ini akan membantu “market to make a well informed decision with sufficient information that is made available to them” dan secara tidak langsung membantu trainer untuk mendapatkan pendedahan kepada pasaran dengan memberikan mereka “visibility and accessibility”. Platform ini akan menjadi kunci utama kepada kejayaan HRDF Trainers’ Development Framework dengan memberikan kuasa menilai keupayaan trainer kepada pasaran – dalam ertikata lain, “whether the trainer is good or bad, let the market decide“.

Jadi, berdasarkan matlamat di atas, berikut adalah antara perubahan yang bakal berlaku dengan pengenalan framework yang dijangka berkuatkuasa mulai tahun 2020.

 

 

  1. Written Instruction Manual (WIM) bakal diperkenalkan kepada program Train The Trainer bagi menyelaraskan bahan latihan yang diedarkan oleh penyedia latihan yang mengendalikan program TTT.
  2. Para penyedia latihan TTT akan dinilai semula dan diberikan kelulusan menjalankan program berdasarkan kontrak – ini secara langsung dapat memastikan mutu latihan TTT sentiasa ditahap yang baik
  3. Peserta program TTT tetap dinilai dengan sesi pembentangan 15 minit dalam program, tetapi untuk menjadi “PSMB Certified Trainer”, mulai tahun 2020, mereka wajib lulus sesi penilaian daripada badan berkecuali. Ini turut akan dipanjangkan kepada “certified trainer” yang sedia ada – mereka yang mengambil TTT (termasuk exemption) dalam tahun ini diberikan tempoh sehingga 2022 (3 tahun) untuk hadir ke sesi “reassessment” sekiranya mahu kekal sebagai “certified trainer”.
  4. Syarat pembaharuan taraf “certified trainer” akan mengambil kira faktor keaktifan dalam menjalankan program latihan. Garis panduan akan dikeluarkan PSMB dalam suku ke-4 tahun ini.
  5. Kesemua trainers yang mahu terus beroperasi dibawah skop PSMB perlu mematuhi syarat yang diperkenalkan.

 

 

Kesimpulan yang boleh kami buat daripada sesi ini ialah, para trainers tidak boleh bersikap “complacent” sekiranya mahu kekal relevan dalam industri latihan. Dan kami di Access Ideas Malaysia akan cuba bantu para alumni kami untuk bersedia bagi sesi reassessment serta layak untuk kekalkan status “PSMB Certified Trainer” insyaAllah. Beberapa siri program sedang dirancang bagi membolehkan kami dan TTT alumni kami terus “make training accessible”!

 

Reader Interactions

Comments

  1. Saudi Narani says

    August 3, 2019 at 5:56 am

    Quality control mechanism for training is very important. Likewise, this trainer’s development framework engagement to reassess trainers is very timely. It is good for all parties; PSMB, trainers and clients- in term of reliability, quality of training, meeting needs or requirements of customers, and our reputations. The move by AIM to arrange future gathering with alumni to hear first hand information from PSMB is very much appreciated. Kindly count me in, please. Bravo AIM! Bravo Sensei! Regards, Hj Saudi.

    • fauzan says

      August 21, 2019 at 12:14 pm

      Thank you Dr Hj Saudi

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD 201401037859 (1114005-D)
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. 201401037859 (1114005-D). All rights reserved. Terms & Conditions