Purata bayaran seorang freelance trainer adalah di antara RM1,000 ke RM1,500 sehari. Ada dapat lebih, ada dapat kurang sedikit.
Jika dipanggil sebagai trainer di pejabat-pejabat kerajaan pun, lebih kurang bayarannya. Sebagai contoh, penceramah berkelulusan degree layak dapat RM200 sejam; jadi sehari (dikira 6 jam; waktu rehat tidak dikira), maka dapat jumlah bayaran sebanyak RM1,200.

Gambar di atas adalah berdasarkan Pekeliling Kewangan Bil 2 Tahun 2015
Pautan rujukan:
Fasilitator atau apa-apa nama lain untuk pembantu trainer menguruskan peserta dan program (bukan mengajar modul), dibayar antara RM150 ke RM250 sehari. Makan minum trainer dan fasilitator sepanjang sesi latihan ditanggung.
Jika melibatkan perjalanan outstation, sama ada kenderaan disediakan, yuran outstation diberikan, atau tiket dibelikan atau claim tiket kemudian. Ini mengikut terma dan syarat yang dipersetujui sebelum program.
Sama dengan penginapan semasa outstation. Biasanya disediakan (nilai tidak ditolak dari bayaran) atau sama seperti di atas, claim kemudian. Tetapi kalau mahu bawa family jalan-jalan, itu atas tanggungan sendiri. Boleh minta upgrade bilik, tetapi perbezaan harganya perlu dibayar sendiri. Bincanglah sebelum program. Secara peribadi, saya tidak galakkan; prinsip saya, masa kerja kita kerja.
Berapa pula syarikat penyedia khidmat latihan (training provider, TP) dapat untuk satu-satu job?
Job yang bukan HRD Corp Claimable, harganya tiada ketetapan maksima selagi klien setuju dan nampak nilai yang diberikan.
Jika program adalah HRD Corp Claimable Course, maksima yuran latihan yang boleh dikenakan adalah RM6,000 sehari termasuk SST. Jadi purata yuran (tidak termasuk situasi klien minta diskaun) adalah antara RM3,500 ke RM5,000 sehari (minima 7 jam tidak termasuk waktu rehat).
Sekiranya kurang 7 jam tetapi lebih 4 jam, kadar tuntutan maksima jadi separuh (dikira sebagai half day). Kurang dari 4 jam tidak boleh jadi HRD Corp Claimable Course.
Untuk mengendalikan program HRD Corp Claimable Course, trainer perlu ada sijil HRD Corp TTT (hadir kelas atau surat exemption). Nisbah trainer kepada peserta program adalah 1:35 untuk topik kemahiran insaniah.
Program latihan ini perlu didaftar dahulu dalam sistem eTris HRD Corp. Hanya TP yang berdaftar sahaja ada akses kepada sistem ini. Yuran untuk mendaftar sebagai Registered Training Provider adalah RM1,000 setahun. Pihak HRD Corp mengenakan caj perkhidmatan 4% ke atas setiap tuntutan pembayaran yang dibuat kepada TP.
Mari kita lihat contoh pecahan kira-kira bagi satu job HRD Corp Claimable selama 2 hari penuh di Bukit Tinggi.
Jumlah peserta = 50
Jumlah Certified Trainer = 2
Jumlah fasilitator luar = 2
Training Coordinator (TP) = 2
Jumlah pendapatan: RM5,000 × 2 hari × 2 kumpulan (ikut nisbah trainer untuk syarat claimable) = RM 20k
Setelah tolak 4% caj = RM19,200
Kos terlibat (tidak termasuk makan minum, sewa tempat dan penginapan):
Bahan latihan: RM30 setiap peserta = RM1500
Trainers fees: RM1000 × 2 hari × 2 orang = RM4000
Fasilitator fees: RM200 × 2 hari × 2 orang = RM800
Traveling (tol + minyak): RM500
Baki untuk TP: RM12,400
Ini bukan untung bersih. TP akan ada overheads (gaji, sewa pejabat, lesen, marketing, etc.) dan purata bagi TP saiz mikro dan kecil, overheads akan berada sekitar RM20k ke RM30k sebulan.
Jadi harga-harga ini sepatutnya acceptable untuk bisnes latihan.
Jika TP dapat purata 3 job seperti ini setiap bulan, TP dapat bawa pulang antara RM10k – RM15k, cukup untuk rolling sementara tunggu payment claim dari HRD Corp. Trainer pula dapat RM6k dan ada masa buat content atau tulis buku. Fasilitator dapat RM2.4k dan boleh tampung usaha gig economy lain.
OK bukan? Jadi kenapa bayar kurang pada Certified Trainers dan fasilitator luar? Asalkan tidak tamak, rasanya range ini masih boleh dikira win-win.
Kalau tidak setuju, boleh pilih business model lain. Trainer boleh buka TP sendiri dan bayarlah trainer lain seperti mana anda mahu dibayar semasa mula jadi freelance trainer suatu masa dahulu. Jangan jadi hipokrit. Kesimpulannya, semua kira-kira ini tertakluk kepada persetujuan kedua-dua pihak. Willing buyer, willing seller. Yang penting ilmu kena ada, barulah orang tidak ambil kesempatan atas diri kita.
