Sekiranya anda berminat untuk menjadi seorang freelance trainer sepenuh masa di Malaysia, berikut adalah tips ringkas kami bagi memulakan langkah anda di dalam dunia latihan.
Di Malaysia, kita boleh memilih untuk menjadi trainer dalam bidang apa sahaja yang bersesuaian dengan kepakaran kita. Namun begitu, kita perlu sedia maklum bahawa sesetengah bidang tertakluk di bawah penyeliaan badan tertentu.
Sebagai contoh, latihan dalam bidang kewangan akan tertakluk kepada Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM), bidang pembinaan pula di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), manakala sebahagian besar yang lain di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).
Disebabkan PSMB sangat proaktif dalam mempromosikan kepentingan latihan kepada tenaga kerja, dan skopnya lebih luas, untuk tips kami ini, kami akan fokuskan kepada bidang latihan yang di bawah penyeliaan PSMB. PSMB mewajibkan syarikat yang cukup syarat, untuk mencarum ke Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan setiap kali syarikat ini menjalankan latihan untuk pekerja mereka, mereka boleh menuntut perbelanjaan latihan tersebut daripada tabung HRDF.
Sehingga akhir tahun 2017, terdapat lebih 23,000 syarikat telah berdaftar dan mencarum ke Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF). Salah satu syarat untuk menuntut perbelanjaan latihan adalah trainer yang menjalankan latihan itu perlu menghadiri kursus Train-the-Trainer (TTT) dan lulus (mendapat sijil).
Bagi mereka yang sudah ada sijil TTT PSMB ini, bolehlah mulakan langkah seterusnya iaitu menulis profil. Profil ini tidak perlu panjang, seharusnya satu muka surat sahaja. Kita perlu menulis profil yang menceritakan latarbelakang profesional, pengalaman kerja yang berkaitan dengan latihan yang kita jalankan, serta huraian ringkas topik yang menjadi pengkhususan kita.
Di sini, kami syorkan anda membuat sedikit self-assessment mengenai target audience kepada topik anda. Perkara ini dibincangkan secara mendalam semasa kursus TTT dan seeloknya dibuat sebelum kita memilih fokus kita dalam dunia latihan. Perlu juga diingat bahawa terdapat ramai lagi trainer di luar sana, jadi kita perlu tahu apa yang menjadikan diri kita unik.
Sama seperti nasihat yang biasa diberikan kepada graduan yang pertama kali mencari pekerjaan – jika kita hanya menunggu, peluang tidak akan dating bergolek. Setelah selesai menulis profil, kita perlu mengambil langkah proaktif dengan mencari dan berkenalan dengan syarikat-syarikat penyedia khidmat latihan.
Semestinya syarikat latihan yang besar, akan mempunyai peluang mendapatkan job yang lebih tinggi. Namun begitu, mereka juga sudah semestinya mempunyai database trainer yang lebih ramai dan berpengalaman. Manakala syarikat yang sederhana saiznya mungkin kurang sedikit permintaan latihan tetapi sekiranya kita membina hubungan baik, mereka akan terus memberikan job berulang kepada kita. Di sini kami nasihatkan anda untuk tidak bergantung kepada satu sahaja penyedia latihan sekiranya anda mahu menjadi freelance trainer sepenuh masa.
Adatnya sebagai freelance, kita tidak terikat dengan satu-satu penyedia latihan. Oleh itu, kita perlu membuat keputusan bagaimana hendak dibahagikan skop latihan yang kita akan tawarkan. Sebagai contoh, dengan penyedia latihan A, anda berikan outline A dan fokus kepada target audience A sahaja. Manakala untuk penyedia latihan B, anda berikan outline B dan fokus kepada target audience A dan B di sekitar kawasan C sahaja. Ya, anda juga boleh memilih untuk fokus target audience mengikut kawasan geografi bagi memudahkan urusan perjalanan anda. Anda juga boleh membezakan target audience dan topik dengan bahasa perantaraan.
Binalah hubungan baik dengan syarikat penyedia latihan yang anda pilih. Tidak salah untuk tawarkan preview session bagi kakitangan mereka agar memudahkan mereka menjual program anda nanti. Berikan komitmen anda untuk berjumpa dengan prospek mereka sekiranya perlu bagi membantu mereka close sales. Usah terlalu berkira! Anggap ini semua sebagai pelaburan marketing atau branding diri anda.
Jangan lupa update profil dari semasa ke semasa, tambahbaik outline, perbaiki slides, tingkatkan props bagi aktiviti latihan seperti game dan sebagainya. Yang paling penting sebagai seorang trainer ialah, jaga nama baik dan reputasi anda di atas talian, terutama di laman media sosial. Bantu penyedia latihan untuk mudah memasarkan khidmat anda kepada prospect mereka.
Selamat maju jaya!
Kami di Access Ideas Malaysia turut menjalankan program Train-the-Trainer (PSMB certified trainer) sepanjang tahun.

Saya berminat unyuk menjadi freelance trainer
Terima kasih atas komen Tuan. Tuan sudah mempunyai TTT cert?
Saya berminat untuk jadi Freeland trainer Dan Saya Ada TTT HRDF
berapa bayaran untuk ambil course TTT ini ye
RM2650
Sy dah lama berkecimpung dlm bidang training, kem kepimpinan dan rekreasi. Mmg teringin nk buat freelance. Cuma nk tahu apa beza TTT dgn TOT..tq
Saya berminat untuk menjadi freelance trainer dan memiliki TTT Certificate.
2. Saya berpengalaman dalam industri perladangan kelapa sawit dan menjadi training manager di training centre di Syarikat Wilmar (PPB Oil Palm Berhad Sabah.
3. Saya juga melakukan latihan untuk operator jentera ladang secara teori dan praktikal.
4. Phone No : 0168414777
saya berminat untuk tahu bagaimana untuk jadi freelance trainer.
Terima kasih atas komen Cik. Boleh kami tahu sama ada cik sudah mempunyai TTT cert?
Sy nak dptkan cert TTT mcm mn?
Tuan boleh daftar ke program TTT mengikut tarikh dan tempat yang sesuai dengan masa tuan.
saya pun berminat untuk menjadi freelance trainer…pengalaman 26 tahun dalam bidang HR
Saya berminat untuk menjsdi freelance trainer & sudah pun ada sijil TTT. Bagaimana saya ingin mulakan
Tuan,
Saya berminat untuk menjadi freelancer trainer. saya sudahpun mempunyai sijil TTT dan mempunyai pengalaman di dalam pengurusan alam sekitar lebih dari 10 tahun. Sedang mencari platform utk menjadi freelancer trainer. Terima kasih.
Mohd
Hi…saya memang mempunyai harapan dan bercita-cita untuk menjadi Trainer…Saya sudah mempunyai cert Train The Trainer. Cuma tak tahu macam mana dan dimana nak mulakan. Harap Tuan dapat bantu saya.
bagaimana sy mahu ambik sijil TTT?berapa bayaran dan berapa lama kena ikut kelas…sy berminat ke arah latihan pacuan empat roda
Saya berminat untuk menjadi freelancer trainer. saya mempunyai pengalaman di dalam bidang F&B, Chef lebih dari 30 tahun. Sedang mencari platform utk menjadi freelancer trainer. dan bagaimana cara untuk mendapat kan sijil TTT, Terima kasih.
Thank you for your interest, we have replied to your email.
Saya berminat untuk mengambil krusus TTT . Minta pihak tuan berikan butiran lanjut masa , lokasi dan kos .
Terima kasih atas pertanyaan anda. Maklumat telah dihantar kepada alamat email: draziq@gmail.com
Hai ,sy mempunyai 10 then experience dlm bidang manufacturing..skrg sy menjadi trainer..dan i need guide blm ada TTT lg.and I details dgn program tuan ni
Hi Indra, I will email you the details of our TTT programme. Thank you for your comment!
Tuan,
Saya berminat untuk menjadi freelancer trainer. saya sudahpun menghadiri kursus TTT {HRDF} dan mempunyai pengalaman mengajar di dalam Oil and Gas {Petronas} lebih dari 30 tahun. Sedang mencari platform utk menjadi freelancer trainer. Terima kasih.
Tuan, camne nak jadi TTT trainer ye. Boleh bg details? Terima kasih
I will email you the details
Kindly advice me how to be freelance trainer for CIDB Train The Trainer
Saya berminat untuk menjadi freelancer trainer. saya sudahpun mempunyai sijil TTT dr NIOSH dan mempunyai pengalaman di dalam Pembinaan dan Baikpulih kapal pengalaman bekerja 25 tahun. Macamane nak berdaftar dengan HRDF. Temakaseh
boleh bagi saya detail selanjut nya macam mana mahu menjadi seorang trainer,saya belum mengikuti apa-apa kursus or latihan untuk menjadi trainer..lampirkan juga syarat-syarat kelayak seprti akedemik or apa-apa bidang yang melayak kan seseorang untuk menjadi trainer,tq
Kami akan email maklumat lanjut
Saya telah menghadiri kursus TTT dengan NIOSH boleh kah berdaftar dengan HRDF Tuan.
Saya berminat untuk menjadi trainer tetapi belum mendapatkan apa-apa sijil lagi. Boleh berikan saya maklumat yang selanjutnya?
Please check your email. Thank you
Assalamualaikum.
Boleh bagi maklumat lanjut bagaimana mahu menjadi seorang freelance trainer. Saya belum ada sijil TTT. Apakah kelayakan untuk menjadi seorang trainer? Terima kasih.
Waalaikumsalam….please check your email. Thank you
We have replied to your email, thank you.
Assalamualaikum..berminat boleh bagi details ?
Waalaikumsalam….we have replied to your email. Thank You!
I would like to become accredited trainer by HRDF. Thanks
Thank you for your interest, we have replied to your email.
Hi there, I would like to become freelance trainer. How to get the TTT cert? Thanks.
Please refer to your email. Thank you!
Hai Assalamualaikum..
Boleh bagi maklumat lanjut bagaimana mahu menjadi seorang freelance trainer. Saya belum ada sijil TTT & Pengalaman Ada tapi sijil tiada..
Apakah kelayakan untuk menjadi seorang trainer?
Terima kasih Tuan..
Please refer to your email. Thank you!
Apa syarat2 utama utk mendapatkan sijil TTT…Sy dlm bidang pembuatan
Thank you for your interest, we have replied to your email.
salam. bagaimana mahu mendaftar sebagai trainer & mendaftar ke kursus untuk menjadi trainer? Saya belum ada sijil TTT juga.
Terima kasih atas pertanyaan Cik. Saya akan email pada Cik sebentar lagi ya.
saya ingin menjadi trainer freelance:
pengalaman: 20 tahun mengajar & pegawai penilai dalam bidang pembinaan.
mempunyai kelayakan: TTT CIAST….TTT NIOSH…..TTT HRDF
Salam Tuan
Saya adalah seorang mantan Ketua Inspektor Kesihatan yang telah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia selama 40 tahun. Saya telahpun mendapat pengiktirafan sebagai Tenaga Pengajar dari KKM untuk menjalankan Kursus Latihan Pengendali Makanan dan telahpun mendapat pengecualian menghadiri Program TTT dari HRDF. Kini saya ingin bersama sahabat sahabat lain untuk menjadi ‘Freelance Trainer’. Saya juga berpengalaman mengendalikan program Motivasi, Team Building dan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan dari NIOSH. Terima Kasih tuan.
hi…saya ingin menjadi freelance trainer….apakah syarat2 yg diperlukan dan bagaimana cara utk memulakan langkah menjadi trainer
blh sy dptkan detail jadual utk kursus ttt yg ada di tahun 2021 termasuk harga
erima kasih atas pertanyaan anda. Maklumat telah dihantar kepada alamat email: ainyahaya2018@gmail.com
Saya mempunyai pengalaman dalam memberi speech motivasi. Tetapi saya tidak tahu apa saya perlu buat selepas mendapat TTT cert. Boleh email saya detail guidance supaya saya mendapat pencerahan sedikit.
Hi saya berminat utk menjadi freelance trainer. Tapi tiada TTT, apa next step saya utk dapatkan sijil tu ? Saya berpengalaman sebagai trainer bagi sebuah state govt agency selama 3 tahun dan 2 tahun sebagai headhunter/trainer utk sebuah syarikat korporat.
Terima kasih atas pertanyaan anda. Maklumat telah dihantar kepada alamat email: akma.razak@gmail.com
Saya berminat untuk mengambil sijil TTT, Dimana nak berkursus dan kosnya
Saya berminat untuk menjadi freelance trainer. Blh saya dptkan info mcm mana nak mula
Asaalamualaikum Tuan, saya ingin menjadi trainer sepenuh masa, sudah mempunyai sijil TTT & sy seorang Safety Officer (Green Book).
Saya berminat untuk menjadi freelance ttt. Boleh emailkan prosedur n stepnya. Tq
Saya Mempunyai Sijil TTT No Siri : BTT 1621-M
Saya berminat untuk menjadi Trainer sambilan.
Bagaimana cara saya untuk mendaftar
Saya mempunyai pengalaman selama 31 Tahun Didalam Bidang Perancah ( Scaffolding ). di Industtri Minyak dan Gas
Email: jauemang92@gmail.com
H/p – 016200 3757