
Trainer perlu kompeten untuk menterjemahkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang ada dalam sesuatu bidang kepada bentuk bahan latihan lalu menyampaikannya. Kebiasaannya trainer adalah pakar bidang (subject matter expert) yang berkeupayaan melatih orang lain.
Seorang Training Consultant pula merupakan jambatan penghubung antara trainer dengan organisasi yang memerlukan khidmat latihan yang bersesuaian dengan keperluan latihan mereka. Training consultant perlu mahir menterjemah permintaan klien dan mencari penyelesaian dalam bentuk latihan yang berkesan bagi mencapai objektif latihan.
Training specialist pula biasanya adalah peranan yang dimainkan oleh pegawai yang bertugas dalam organisasi untuk memastikan latihan kakitangan dijalankan dengan baik dan berkesan. Terdapat banyak maklumat dan data yang perlu dikumpul dan dianalisa sebelum satu-satu permintaan latihan itu dapat dipertimbangkan untuk kakitangan dalam organisasi.
Mahu jadi trainer, bolehlah masuk kelas TTT.
Mahu jadi training consultant, boleh pertimbangkan hadir kelas EET atau TTT.
Mahu jadi training specialists, boleh pilih hadir ke kelas TNA, EET, atau kedua-duanya sekali.
Ketiga-tiga ini, TTT, TNA, dan EET, kami di Access Ideas Malaysia jalankan dengan sijilnya dikeluarkan oleh HRD Corp – Human Resource Development Corporation



Leave a Reply