“Keperluan siapa yang perlu diutamakan? Peserta atau PIC (pegawai latihan bertanggungjawab)?”
Isu ini sebenarnya sangat menarik untuk dibincangkan. Setiap orang akan mempunyai perspektif dan cara berfikir tersendiri dalam menentukan jawapan kepada persoalan di atas.
Mari kita lihat, siapakah pihak berkeperluan yang ada dan pasti mempengaruhi matlamat penyampaian satu-satu program latihan.
- Peserta
Orang yang hadir ke sesi latihan dan biasanya yang perlu kepada latihan itu untuk peningkatan prestasi.
Adakalanya, dia hadir tetapi bukan atas keperluan peningkatan prestasi. Contohnya, hadir kerana perlu menggantikan bos.
Keperluan utama: Pengisian adalah relevan dalam membantu peningkatan prestasi.
Lain-lain keperluan termasuklah: Training tidak bosan. Trainer ‘OK’. Sesi latihan seronok / tidak stres
- Pegawai latihan bertanggungjawab (PIC)
Orang yang bertanggungjawab memastikan training berjalan seperti dirancang.
Keperluan utama: Menjalankan tugas. Peserta tidak banyak komplen.
Lain-lain keperluan termasuklah: Trainer yang boleh bawa berbincang. Perlu dijaga reputasinya sebagai PIC.
- Ketua Jabatan (HOD)
Orang yang melihat keperluan latihan untuk setiap kakitangannya.
Adakalanya turut menjadi punca prestasi pasukan menurun, tetapi tidak melihatnya. Yang jenis ini biasa tidak hadir ke sesi latihan tetapi akan menghantar staff yang dirasakan bermasalah.
Keperluan utama: Setiap kakitangan perlu boleh menjalankan tugas dengan lebih baik. Suka kepada perkataan “produktif”, “efektif” dan “if-if” yang sehaluan dengannya.
Lain-lain keperluan termasuklah: Trainer yang berpengalaman dalam bidang yang sama. Senang faham situasi sebenar dan tidak asyik menyalahkan bos.
- Pengurusan tertinggi (Top Management)
Orang yang tugas utamanya ialah mendapat keuntungan.
Keperluan utama: Latihan perlu menjamin kelestarian nilai dan kebolehcapaian misi dan visi organisasi.
Lain-lain keperluan termasuklah: Yuran latihan yang munasabah. Laporan mengenai latihan yang telah dijalankan.
- Pembiaya latihan
Orang yang membayar yuran latihan.
Adakalanya, peserta itu sendiri jika program latihan umum (public programme).
Keperluan utama: Return of Investment (ROI). Isi kandungan training perlu berbaloi dan pelaburan berpotensi membawa hasil setimpal jika tidak, lebih.
Lain-lain keperluan termasuklah: Trainer yang memberikan nilai tambah – bukan sekadar datang untuk menjalankan tugas selepas itu pulang.
Jadi, berbalik kepada soalan asal, sebagai trainer bukan sahaja perlu memenuhi keperluan peserta dan PIC, tetapi kelima-lima yang disenaraikan di atas. Barulah panjang jodoh dalam industri latihan ini, insyaAllah.


theIdeaSensei
TrainTheTrainer
beyondTTT
TrainingNeedsAnalysis
HRDCorpTNA
