• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

Pasaran Latihan Di Dalam Skop HRD Corp

“Besar ke market latihan dalam space HRD Corp?”

Apabila menyebut tentang tabung HRD (Human Resource Development Fund), terdapat dua (2) jenis sumber dana yang disediakan oleh HRD Corp.

1) Tabungan levi majikan
2) Geran latihan

Kami tidak mahu sentuh tentang jenis geran kerana berpendapat, dana seperti ini biasanya ada tempoh tertentu dan terhad. Secara peribadi, membentuk “business model” berasaskan job dari dana geran, bukanlah sesuatu yang ideal pada kami.

Kami lebih gemar kongsikan jenis pertama kerana dapat lihat data yang ada. Dan dengan data ini, kita dapat membentuk “projection” yang lebih baik.

Menurut akta PSMB 2001, majikan yang telah memenuhi syarat, WAJIB mencarum sebanyak 1% daripada jumlah gaji dan elaun tetap (gross salary) pekerja tempatan ke tabung HRD setiap bulan. Majikan boleh menuntut semula daripada HRD Corp untuk jumlah perbelanjaan (yuran latihan) yang telah digunakan bagi melatih pekerja tempatan mereka.

Berdasarkan data sehingga 31 Disember 2021, terdapat lebih 67,000 majikan berdaftar yang mencarum setiap bulan ke dalam tabung HRD. Jumlah pekerja tempatan yang bernaung di bawah majikan yang mencarum ini mencapai jumlah sekitar 3.9 juta orang.

Jika gaji minima sekarang ialah RM1500, ini bermakna RM15 setiap bulan akan dimasukkan ke tabung HRD untuk setiap 3.9 juta pekerja tersebut. Anggaran ini memberikan jumlah RM58.5 juta.

Jika kita ambil maksima yuran latihan yang boleh dituntut majikan adalah sebanyak RM6000 sehari (majikan mengambil trainer luar yang ada sijil TTT bagi menjalankan latihan secara in-house) , ini memberikan jumlah hari latihan sebulan sebanyak 9,750 training-days. Maknanya, sebanyak lebih kurang 325 training setiap hari berlangsung seluruh Malaysia, barulah tabungan pada bulan itu habis. Dan itu hanya mengambil kira gaji minima dan jumlah caruman untuk sebulan!

Ya, angka di atas cuma andaian dan kira-kira kasar tanpa mengambil kira berbagai faktor lain. Namun, data mengenai jumlah kutipan sebenar dan penggunaan levi ini semua boleh diperolehi melalui laporan tahunan yang dikeluarkan oleh HRD Corp dan ada di laman rasmi mereka.

Jadi, adakah besar “market HDR Corp”?

Rasanya persoalan itu sudah terjawab dengan sendirinya dan terpulang pada diri masing-masing untuk menilai.

Sertai program persijilan Train-The-Trainer kami untuk memulakan langkah anda dalam industri latihan tempatan.

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. (1114005D). All rights reserved. Terms & Conditions