“Saya faham presentation slides perlu kurang teks dan lebih visual, tapi susah laa..”
“Kalau saya tak letak pada slides, macamana peserta nak dapat isinya?”
Ini adalah dilema biasa seorang “junior trainer”. Ia tidak patut berlaku kepada seorang “seasoned trainer”.
Junior trainer = baru berkecimpung dalam pengendalian latihan. Semangat tinggi tetapi kurang kedalaman ilmu tentang topik tersebut. Cenderung meletak semua isi penting (content) pada slaid kerana khuatir terputus ilham semasa training.
Seasoned trainer = sudah lebih lima (5) tahun berpengalaman mengendalikan latihan. Semangat masih ada tetapi selalu sibuk, jadi tidak sempat hendak perbaiki bahan latihan. Kedalaman ilmu ada dan jarang terputus ilham semasa training.
Bagaimana “junior trainer” mahupun “seasoned trainer” boleh elakkan keadaan “terpaksa” letakkan semua isi latihan pada slides?
Berikut adalah tiga (3) tips yang saya biasa amalkan.
- Variasikan material latihan.
“Trainer’s Mantra” saya adalah, “Tell me and I’ll forget. Show me and I may remember. Involve me and I’ll understand.”
Oleh itu, gunakan slaid hanya untuk “show” – biasanya tunjukkan visual atau “keywords”. Berikan teks seperti nota atau artikel untuk huraian tentang apa yang kita mahu dan akan “tell” sebagai sumber rujukan masa hadapan. Lakukan aktiviti seperti perbincangan atau sesi soalan jawab yang interaktif untuk “involve” disamping menguji pemahaman peserta tentang apa yang telah disampaikan.
- Berikan bahan latihan tambahan (supplements)
Jika informasi yang anda sampaikan itu hasil daripada sebuah buku, tulis ringkasan mudah dan berikan sebagai nota tambahan. Jika sepuluh (10) langkah yang ingin anda terangkan itu ada huraian terperinci, letak satu carta aliran pada slaid dan berikan teks huraiannya dalam bentuk nota.
Keadah ini juga membantu anda membuat aktiviti berkumpulan jika ada lebihan masa. Contohnya, berikan satu kajian kes daripada keratan akhbar dan minta peserta bincangkan. Rumusan jawapan boleh dibuat pada slaid dalam bentuk infografik dan jawapan contoh boleh diberikan kemudian dalam bentuk helaian nota yang berasingan (handouts).
- Hentikan memberikan “printout slides” sebagai nota
Maaf, tetapi ini saya anggap sebagai hasil kerja trainer yang malas! Tolong jangan letak semua isi latihan pada slaid untuk edaran sebagai nota – kebiasaannya visual dan tulisan jadi terlalu kecil dan sukar dibaca; sekiranya dicetak satu slaid sebagai satu mukasurat sekali pun, ia tidak selesa dibaca dan hanya akan membazirkan kertas.
Alternatifnya (selain tips nombor 2 tadi) adalah untuk berikan nota dalam bentuk buku kerja (workbook) supaya ada keterlibatan peserta dalam sesi latihan.
Sebagai contoh, tiga (3) tips yang saya kongsikan ini akan ada slaid yang menunjukkan jari-jari beserta keywords TIGA TIPS MUDAH.
Di nota peserta akan ada gambar jari-jari dengan garisan bernombor (1), (2), dan (3).
Sila rujuk contoh di bawah.



All the best!
Ahmad Fauzan Othman
Lead Trainer for HRD Corp Train The Trainer certification course by Access Ideas (M) Sdn. Bhd.
Dapatkan eBook “Fundamentals of Training” melalui:

