Masih ramai yang keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan “modul latihan” atau “module”.
Mari saya cuba kupas.
Dalam program latihan, kita biasa dengar terma-terma berikut:
+ Module
+ Outline
Dalam buku, kita ada:
+ Bab
+ Senarai kandungan
Jadi secara mudahnya, kita boleh ibaratkan:
Module = Bab
Outline = Senarai kandungan
“Module” (dalam Bahasa Melayu disebut ‘modul’), seperti bab dalam buku, perlu disusun mengikut aturan yang memudahkan pemahaman. Peralihan dari satu bab ke satu bab yang lain perlu ada “flow” yang baik dan munasabah, begitu jugalah modul latihan. Apa nama bab dalam buku tidak penting, samalah seperti pemilihan nama modul. Satu modul boleh ada banyak “sub-module”, namun jika “sub-module” itu besar, baik dijadikannya modul yang “berdiri sendiri” (independent). Yang penting, bab dalam buku membawa kepada matlamat utama – cerita sampai kepada pembaca. Jadi, modul latihan juga perlu membolehkan peserta dapat mencapai objektif program Latihan – apa yang ingin diajar dan dilatih.
Kepada yang tidak biasa membina modul, boleh cuba formula saya ini.
Modul 1 – Huraian definisi (What)
Modul 2 – Menjelaskan kepentingan (Why)
Modul 3 – Huraian kaedah (How)
Modul 4 – Menghasilkan pelan tindakan (Conclusion)
Jumlah modul bukan jaminan kekuatan isi. Jumlah adalah subjektif kepada matlamat yang ingin dicapai – banyak tidak menjamin keberkesananan. Namun, asasnya perlu ada empat (4) perkara ini kerana ia memudahkan perjalanan pemahaman isi penting (main content) daripada tahu makna kepada tahu cara untuk aplikasi.
Setelah kita bina semua modul, barulah kita senaraikan menjadi rangka isi program Latihan, atau lebih biasa disebut sebagai “outline” program latihan. Sekiranya dirasakan “outline” itu terlalu panjang untuk “habiskan satu cerita”, maka bolehlah dibahagi-bahagikan seperti mana JK Rowling membahagikan buku Harry Potter kepada 7 jilid. Ibaratnya seperti satu jilid itu seperti satu “training course” dalam siri satu “training programme”.
Mudah-mudahan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda memahami apa maksud “module”, perbezaan antara “module” dan “outline”, serta serba sedikit bagaimana untuk menstrukturkan isi pentining dalam bentuk modul latihan.
All the best!
Ahmad Fauzan Othman
Lead Trainer for HRD Corp Train The Trainer certification course by Access Ideas (M) Sdn. Bhd.
Dapatkan eBook “Fundamentals of Training” melalui:

