• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Train-The-Trainer: NEXT STEP
      • Instructional Design 101
      • Trainer’s Training Technique Refresher Course
      • Coaching & Mentoring
      • Trainer’s Development Workshop
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • Training Programme Registration
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

Panduan untuk Permohonan Pengecualian ‘HRD Corp Train-the-Trainer’

Ini adalah perkongsian daripada Training Coordinator kami ketika dia memohon pengecualian untuk HRD Corp Train-the-Trainer (HRD Corp TTT). Setelah dia berjaya lulus dan memperolehi sijil National Competency Standard Train-the-Trainer Certification (NCS TTT), dia telah sediakan panduan langkah demi langkah sepanjang dia memohon pengecualian untuk HRD Corp TTT, bagi membantu para trainers lain yang ingin/bakal memohon pengecualian ini. Sama ada anda bakal pohon pengecualian yang sama atau yang berlainan, perkongsian ini mungkin berguna dan dapat membantu sedikit sebanyak. 

Mari ikuti perkongsian saya di bawah dan lihat bagaimana cara untuk memohon pengecualian untuk Train-the-Trainer. 

Langkah 1

  • Log masuk ke https://supportcentre.hrdcorp.gov.my/portal/en/home 
  • Klik ‘Knowledge Base’

Langkah 2

  • Klik ‘Training Market’

Langkah 3

  • Pergi ke pilihan Train-the-Trainer (TTT)
  • Bagi freelance trainers, klik ‘How to Apply TTT Exemption – Individual’ 
  • Bagi in-house trainers, klik ‘How to Apply TTT Exemption Via Company’

** Perlu diingatkan bahawa saya memohon Pengecualian TTT Individu, jadi panduan ini khusus untuk ‘freelance trainers’.

Langkah 4

  • Anda akan sampai ke halaman ini. Scroll ke bawah.

Langkah 5

  • Anda akan temui ‘Click HERE’ di bawah
  • Maka, anda perlu klik ‘HERE’ untuk ke platform e-tris 

Langkah 6

  • Anda akan sampai ke halaman ini. Ini adalah halaman utama untuk Application for TTT Exemption 

Langkah 7

  • Bagi Application Type, pilih ‘Individual Trainer’ 

Langkah 8

  • Anda boleh dapatkan panduan untuk pemilihan kriteria. Anda hanya perlu klik ‘Guideline For Criteria Selection’

Langkah 9

  • Bagi kes saya secara khusus, kerana saya telah hadiri National Competency Standard Train-the-Trainer Certification (NCS TTT) dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, maka saya tergolong dalam Kriteria B.

Langkah 10

  • Bagi mereka yang tergolong di bawah Kriteria A dan B, anda dikehendaki mengisi semua maklumat yang diperlukan. Pastikan anda sertakan sijil anda dalam bahagian lampiran.

Langkah 11

  • Untuk yang tergolong di bawah Kriteria C, wajib untuk anda isi bahagian ‘Experience in Conducting Corporate Training’

Langkah 12

  • Setelah anda selesai mengisi semua maklumat yang diperlukan, pastikan anda klik  ‘Add’ 

Langkah 13

  • Klik ‘submit’

Langkah 14

  • Anda akan ke halaman ini setelah anda klik ‘submit’
  • Klik ‘OK’

Langkah 15

  • Secara automatik, anda akan dibawa ke halaman portal pembayaran ini
  • Klik ‘Make Payment’ 

Langkah 16

  • Isi bahagian Declaration dan pilih JomPAY sebagai Kaedah Pembayaran. Slip JomPAY akan dicetak.

Langkah 17

  • Ini adalah contoh slip JomPAY.  Nombor rujukan (Ref-1) adalah unik untuk setiap permohonan. Setelah pembayaran dibuat, anda akan menerima email dari HRD Corp

Permohonan anda akan diproses setelah pembayaran dibuat. Anda akan masuk ke halaman ini.

Langkah 18

  • Anda akan terima email dari HRD Corp. Contoh email adalah seperti di bawah.

Berikut adalah contoh email pertanyaan dari HRD Corp.

Notis Pengecualian: Perlu diambil perhatian bahawa maklumat yang diberikan ini sah sehingga September 2023. Maklumat ini berkemungkinan tidak lagi tepat jika ada sebarang pengubahsuaian selepas tarikh ini. Untuk mendapatkan maklumat yang terkini dan tepat, anda disarankan agar rujuk laman web HRD Corp.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 Tel: 011-7019 5699
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2025 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. (1114005D). All rights reserved. Terms & Conditions