• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

Matlamat Hadir ke Sesi Latihan

Apa matlamat peserta yang hadir ke sesi latihan?

Ramai orang sebenarnya tidak tahu apa yang mereka mahukan. Oleh sebab itu, ramai yang ikuti sesi latihan dengan harapan akan jumpa apa yang sesuai dengan diri mereka. Pun begitu, mereka masih belum berasa puas, ini kerana hakikatnya kemahuan asal (yang tidak diketahui) masih belum terisi.

Trainer akan jumpa ramai orang sebegini dalam sesi latihan mereka. Jarang sekali mereka akan jumpa peserta yang benar-benar tahu apa yang mereka mahukan. Jika tidak percaya, cubalah bertanya semasa sesi “ice breaking”. Berapa ramai yang boleh berikan jawapan spesifik kepada soalan, “Apa yang anda mahu dapat daripada sesi latihan ini?”

Apa maksud saya jawapan spesifik?

Begini, jika peserta adalah kakitangan yang dipaksa hadir ke sesi latihan, sudah pasti pekeliling pemberitahuan atau memo telah diberikan terlebih dahulu mengenai sesi latihan tersebut. Jadi, mereka ada peluang untuk berfikir tentang topik latihan tersebut. Dan jika mereka berfikir dengan serius, sudah pasti ada ilmu khusus yang mereka mahu dapatkan. Jadi sepatutnya tidaklah mereka terkejut apabila ditanya soalan tentang matlamat hadir itu tadi.

Oleh itu, mana mungkin orang yang bermatlamat jelas tentang apa yang dimahukan akan memberikan jawapan:

  • Saya mahu belajar
  • Saya mahukan ilmu baru
  • Saya mahu tambah skill baru
  • Saya datang sebab bos suruh

Ya, mungkin mereka menjawab dengan ikhlas. Cumanya jawapan itu akan berbeza dengan orang yang jelas matlamatnya.

Contoh jawapan mereka yang bermatlamat jelas akan berbunyi begini:

  • Saya mahu tahu apa beza cara A dengan cara B
  • Saya mahu tahu cara bagaimana ilmu ini boleh diaplikasikan dalam unit saya
  • Saya mahu semak sama ada teknik saya sebelum ini betul atau tidak
  • Saya datang sebab saya mahu pastikan kenapa saya calon terbaik bagi menggantikan bos saya, untuk hadir ke kursus ini

Contohnya begitulah. Yang penting, sebagai trainer, kita perlu bantu peserta dapat apa yang mereka mahu capai. Bagi yang masih tidak tahu apa yang dimahukan, kalau boleh kita bantu mereka untuk nilai matlamat sendiri, jika tidak, nanti mereka nilaikan training kita sebagai kurang bermanfaat atau tidak berkesan pula.

Jika mahu dapatkan audien yang lebih berfokus dan tingkatkan keberkesanan latihan, mungkin topik TNA dan EET dapat membantu anda mencari jalannya.

Source: Facebook – Ahmad Fauzan Othman

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. (1114005D). All rights reserved. Terms & Conditions