• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

Make Training Accessible

Latihan perlu peluang dan ruang.

Kenapa, walau kita sudah berada pada tahun 2021, masih ramai yang sangsi dan pertikai keberkesanan latihan?

Alhamdulillah, jika dibandingkan 20 tahun lalu, seorang pekerja biasa-biasa seperti saya, ada lebih banyak peluang untuk hadir kursus atau menyertai program latihan.

Dahulu, saya sendiri pernah diminta keluar dari bilik latihan kerana “tidak layak hadir”. Saya kira, pada waktu itu mungkin ramai pekerja yang dahagakan peluang untuk belajar seperti saya.

“Fast forward” ke zaman sebelum pandemik, jumlah “HRDF Certified Trainer” (TTT Certified dan TTT Exempted) telah melebihi 30,000 orang. Jumlah syarikat penyedia khidmat latihan (Training Provider, TP) yang berdaftar dengan HRDF (sekarang HRD Corp) pula sekitar 5000 buah syarikat. Ini belum mengambil kira jumlah trainers dan TPs yang aktif di luar ruang bidang kuasa HRDF seperti pasaran pelajar (sekolah & IPTA), keusahawanan, perbankan, dan penjawat awam.

Kini, dengan peningkatan kesedaran tentang latihan dalam talian, baik secara “synchronous” ataupun “asynchronous”, akses kepada ilmu sudah hampir sampai ke kemuncak. Namun begitu, keberkesanan “latihan” masih menjadi topik hangat perbincangan oleh pengiat industri.

Saya ingin mengambil peluang dan ruang ini untuk cuba “clear the air” tentang satu salah faham yang biasa berlaku. Salah faham ini terlalu normal dan “common” sehingga ramai tidak perasan bahawa ianya mempunyai kesan yang besar.

Latihan bukanlah hanya sesi belajar. Latihan adalah aktiviti mengaplikasikan apa yang telah dipelajari, dalam keadaan yang selamat dan terkawal, supaya memupuk respon yang semulajadi apabila berhadapan situasi sebenar yang memerlukan.

Salah faham ini secara tidak sengaja, telah menyebabkan progres dan pencapaian latihan terbantut. Salah faham tetang “sesi latihan = sesi belajar” inilah juga yang telah mencorak pemahaman umum tentang apa itu “latihan” – kursus, ceramah, seminar, bengkel, dan lain-lain.

Biar saya “point at the right direction”. Sesebuah program latihan tidak akan lengkap sekiranya tiada struktur berikut:

  1. Fasa belajar
  2. Fasa aplikasi
  3. Fasa menilai aplikasi
  4. Fasa ulangan
  5. Fasa menilai hasil

Kesemua fasa ini membentuk “program latihan”. Namanya “program” kerana ada susunan proses terkawal bagi mendapat hasil tertentu.

Ramai orang datang ke “kursus” (sebagai contoh) kerana “mahu belajar”. Ya, mereka dapat belajar, tetapi mereka masih belum “dapat berlatih”. Ruang dan peluang “latihan” masih kurang sebenarnya kerana “sesi latihan” terhad dalam ruang “tempoh kursus” – kalau kursus 2 hari, diharapkan peserta belajar dan terus “improve” dalam ruang 2 hari tersebut.

Malah, sekiranya ada sesi praktikal juga, peluang untuk setiap peserta menjalankan aktiviti dan mendapat “feedback” juga terhad sekiranya jumlah peserta melebihi 30 orang. Kira-kira mudah, jika aktiviti amali individu memerlukan penilaian dan “feedback” selama 10 minit setiap orang, ini didarab dengan 30 orang peserta, ia bersamaan dengan 5 jam, iaitu hampir 1 hari penuh kursus.

Keadaan ini juga tidak dibantu oleh majikan yang kurang peka terhadap pendekatan “program latihan”. Ramai majikan masih memberikan sebab “peruntukan masa terhad” yang pada dasarnya hanya alasan kepada keutamaan yang lebih diletakkan pada perjalanan operasi syarikat berbanding pembangunan sumber manusia.

Saya sendiri pernah diberitahu oleh klien yang mereka mahukan sesi “one-off” dan tidak mahu saya buat lawatan “follow-up”. Jadi tidak hairanlah setiap tahun mereka berdepan isu yang sama dengan TNA (analisa keperluan latihan) yang menunjukkan topik-topik yang berulang.

Untuk latihan berkesan, kita tidak boleh lari daripada perlu memberikan ruang untuk berlatih dan peluang untuk berlatih. Itulah cerita disebalik perjuangan yang saya jadikan tagline syarikat “make training accessible”.

Ahmad Fauzan Othman
Access Ideas Malaysia

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. (1114005D). All rights reserved. Terms & Conditions