Jika mahu menjadi trainer yang bagus, perlu lebihkan usaha untuk “express” berbanding untuk “impress”.
Apa bezanya?
Untuk boleh “express”, kita perlu tahu dengan mendalam. Maka, banyakkan membaca, banyakkan belajar dan paling penting, perlu pernah amalkan – paling tidak, pernah cuba pakai ilmu itu sendiri. Bukan semata-mata “copy paste” cerita orang yang ditambah perencah dan perisa supaya penyampaian jadi menarik dan “cantik” – itu namanya mahu “impress”.
Kebanyakan trainer “gagal” disebab gemar impress dengan “perkara yang best-best saja” tetapi diri sendiri pun tidak 100% yakin dengan apa yang disampaikan kerana mungkin tidak pernah amalkannya sendiri. Mereka hanya “belajar” dengan niat hendak kumpul bahan yang boleh diulang semula kepada audien lain untuk buat duit.
Tetapi jika kita usahakan untuk “express”, kita tentu akan cari jalan terbaik untuk memberikan isi yang padat manfaat. Kita usahakan, sama ada dengan kita praktik untuk faham, atau lalui sendiri untuk tambah pengalaman. Kita tidak perlu hafal kerana biasanya, jika apa yang disampaikan itu dari hati, mesejnya akan menjentik emosi audien dan memberikan impak tersendiri.
Impress = dapat dipuji
Express = dapat difahami
