Perkongsian dari Lead Trainer kami, Ahmad Fauzan Othman.
Dialog di bawah berlaku lebih 15 tahun yang lalu.
Prospek: “Apa kelebihan awak berbanding orang lain?”
Fauzan: “Saya ada TTT.”
Prospek: “Saya pun ada TTT, so?”
Selepas itu, dunia jadi gelap dan saya tak ingat apa yang berlaku, Tetapi, yang pasti, saya tak dapat job tersebut.
———–
Sejak Train-The Trainer (TTT) diperkenalkan, difahamkan terdapat lebih 35,000 TTT Certified Trainers di Malaysia. Walau bagaimanapun, menurut maklumat terkini, kurang dari separuh yang aktif sebagai trainer dalam pasaran.
Secara peribadi, saya anggap sijil TTT sangat penting kerana ia merupakan sijil profesional pertama saya untuk masuk dalam bidang latihan. Tidak kurang juga ramai beranggapan bahawa TTT adalah “lesen” untuk cari makan sebagai trainer.
Namun begitu, hakikatnya ada sijil sahaja tidak mencukupi. Di luar pasaran HRD Corp, orang tak kisah pun TTT tu. Ada anggap TTT seperti training biasa-biasa yang lain. Ada TTT pun tak memberi kesan kepada jumlah bayaran yang diterima.
Jadi, sebenarnya ada banyak proses dan langkah yang perlu dilalui sebelum dapat jana pendapatan yang konsisten melalui bisnes berasaskan latihan.
Pertama sekali, apa tindakan trainer sebaik sahaja lulus TTT?
Terdapat dua (2) kategori tindakan:
1. Teknikal
2. Taktikal
Ramai terkandas di fasa ini sebenarnya. Selepas berhempas pulas dapat sijil, momentum menurun kerana tidak tahu apa tindakan selanjutnya yang patut diambil. Akibat daripada itu, sijil masuk folder atau gantung pada dinding sekadar untuk kumpul habuk.
Dari segi teknikal, trainers perlu segerakan usaha untuk dapatkan status Accredited Trainer. Ini penting jika serius mahu teruskan training atau jalankan HRD Corp Claimable Courses. Kenapa? Kerana mulai tarikh 1 Januari 2024, hanya Accredited Trainers sahaja yang boleh jalankan Claimable Courses. Untuk maklumat lengkap, boleh layari laman web rasmi HRD Corp; klik pada tab “Training Providers” dan pergi ke bahagian “Trainers Development”.
Selari dengan itu, langkah taktikal juga perlu dibuat. Ini lebih kepada halatuju bisnes latihan kita.
- Apa pilihan business model kita? Freelance? Buka syarikat penyedia khidmat latihan (training provider, TP) sendiri?
- Apa strategi bisnes kita untuk business model yang dipilih? Apa USP kita? Bagaimana untuk menyerlah dalam pasaran? Apa ilmu lain yang kita perlukan?
- Apa resources yang kita perlu sediakan? Modul latihan? Bahan latihan? Tempat latihan?
- Siapa rakan strategik kita? Siapa vendor kita? Apa terma dan syarat jual beli, bayaran, dll?
- Apa proses dokumentasi kita? Bagaimana kita menjaga hak dan harta intelek kita dan orang lain?
Kesimpulannya, sijil TTT hanya langkah pertama. Ada yang boleh pergi jauh dengan pantas, mungkin kerana sebelum TTT pun mereka sudah establish bahagian taktikal mereka, jadi mereka tahu apa perlu dibuat seterusnya.
Jangan bertangguh jika serius. Ini kerana, pada tahun lepas pasaran latihan bawah HRD Corp sahaja sudah bernilai RM1.81 billion!
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai HRD Corp Train-The-Trainer Certification Course, klik pautan ini

