• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

Perbezaan Antara ‘Module’ dan ‘Outline’

Rupanya masih ramai yang keliru dengan apa yang dimaksudkan dengan “modul latihan” atau “module“.

Mari saya cuba kupas.

Dalam training, kita ada terma-terma berikut:

  • Module
  • Outline

Dalam buku, kita ada:

  • Bab
  • Senarai kandungan

Jadi secara mudahnya, kita boleh ibaratkan:
Module = Bab
Outline = Senarai kandungan

Module, seperti bab dalam buku, perlu disusun mengikut aturan yang memudahkan pemahaman. Peralihan dari satu bab ke satu bab yang lain perlu ada “flow” yang baik dan munasabah (makes sense), begitu jugalah modul latihan.

Apa nama bab tidak penting, samalah seperti pemilihan nama modul. Satu modul boleh ada banyak sub-module, namun jika sub-module itu besar, baik dijadikannya modul yang “independent“. Yang penting, bab dalam buku membawa kepada matlamat utama – cerita itu sampai kepada pembaca. Jadi, modul latihan juga perlu membolehkan peserta dapat apa yang ingin dilatih.

Kepada yang tidak biasa bina modul, boleh ikut formula ini.
Modul 1 – Huraian definisi (What)
Modul 2 – Menjelaskan kepentingan (Why)
Modul 3 – Huraian kaedah (How)
Modul 4 – Menghasilkan pelan tindakan (Conclusion)

Jumlah modul bukan jaminan kekuatan isi – mahu lebih pun boleh. Namun, asasnya perlu ada empat (4) kerana senang untuk dislotkan antara waktu rehat dalam sesuatu sesi latihan – mudah “organiser” untuk uruskan jadual.

Setelah kita bina semua modul, barulah kita senaraikan menjadi outline. Kalau rasa-rasa outline itu terlalu panjang untuk “habiskan satu cerita”, bolehlah dibahagi-bahagikan seperti mana JK Rowling membahagikan buku Harry Potter kepada 7 naskah. Satu naskah itu ibarat satu “training programme“.

Mudah-mudahan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu anda memahami apa maksud “module“.

Jika berminat, Train-The-Trainer kami ada modul Design Competency-based Training Programme.

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. (1114005D). All rights reserved. Terms & Conditions