• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

EXPERIENTIAL LEARNING GAMES

Mari saya kongsikan cara untuk mencipta “experiential learning game” anda sendiri.

“Experiential learning”adalah satu strategi untuk mencapai objektif pembelajaran dengan membolehkan peserta atau pelajar itu melalui satu siri tindakan secara terancang yang dibina bagi menyampaikan satu-satu pengajaran. Disebabkan peserta atau pelajar itu sendiri yang melakukan tindakan tersebut, maka mereka “belajar melalui apa yang mereka sendiri alami” (learning from own experience) berbanding “diajar melalui apa yang dialami oleh orang lain”.

Secara asasnya, apa juga aktiviti boleh dijadikan “game” dengan teknik “gamification” – iaitu dengan memasukkan unsur permainan (game elements) dalam aktiviti itu.  

Berikut adalah empat (4) langkah-langkah mudah untuk menghasilkan permainan atau aktiviti berasaskan “experiential learning”.

  1. Mulakan dengan pengakhiran yang ingin dicapai.
  2. Apa yang anda mahu lihat berlaku selepas tamat aktiviti?
  3. Apa konsep atau teori yang mahu ditekankan dengan aktiviti tersebut?
  4. Apa pengajaran yang peserta patut dapat dengan aktiviti tersebut?
  5. Apa kesimpulan yang anda hendak buat?
  6. Apa kesedaran (aha moment) peserta yang dicari semasa atau setelah menjalankan aktiviti tersebut?
  • Wujudkan halangan dalam perjalanan aktiviti
  • Apa yang akan menjadi penghalang (obstacles) kepada peserta dalam aktiviti tersebut?
  • Apa cabaran yang perlu diatasi peserta bagi pengajaran dapat dicapai?
  • Bahagian mana daripada konsep dan teori yang perlu digunapakai oleh peserta bagi mengatasi cabaran dan halangan yang membolehkan mereka memperoleh pengajaran?
  • Pengetahuan atau maklumat apa yang perlu digunapakai peserta?
  • Kemahiran atau tindakan spesifik apa yang perlu digunapakai peserta?
  • Sikap yang bagaimana yang perlu ditunjukkan peserta semasa aktiviti yang membolehkan mereka mengatasi cabaran dan halangan yang diletakkan agar hasil pembelajaran dicapai?
  • Kenalpasti sumber yang diperlukan
  • Apakah yang akan menimbulkan situasi “obstacles” (cabaran, halangan, masalah, isu, dan lain-lain) semasa aktiviti tersebut?
  • Bagaimana “obstacles” itu mahu diberikan kepada peserta?
  • Berapa banyak “obstacles” yang mahu disediakan?
  • Apakah “props” (bahan, peralatan dan kelengkapan) yang akan digunakan?
  • Bagaimana peserta akan menggunakan “props” tersebut?
  • Berapa ramai peserta yang akan menggunakan “props” tersebut semasa aktiviti?
  • Berapa banyak “props”‘ yang perlu disediakan?
  • Apakah kos yang terlibat?
  • Siapakah yang akan menanggung kos tersebut?
  • Adakah “props” boleh dipakai semula?
  • Bagaimana “props” dapat dipastikan tidak mudah rosak?
  • Bagaimana “props” akan dibawa ke lokasi latihan?
  • Bagaimana “props” akan disimpan sebelum dan selepas ia digunakan?
  • Perhalusi syarat dan langkah-langkah aktiviti yang bakal dijalankan
  • Apa yang boleh dibuat peserta?
  • Apa yang dilarang bagi peserta?
  • Adakah aktiviti dilakukan secara individu atau berkumpulan?
  • Adakah setiap peserta / ahli kumpulan perlu melakukan aktiviti tersebut atau hanya sebahagian sahaja?
  • Apakah peranan-peranan yang perlu ada sekiranya dijalankan dalam kumpulan?
  • Apakah peranan fasilitator?
  • Berapa kali cubaan boleh diberikan?
  • Berapa banyak masa diperuntukan?
  • Apa yang boleh menamatkan atau membatalkan aktiviti?
  • Berapa kali aktiviti hendak diulang?
  • Apakah kaedah permarkahan?
  • Bagaimana pemenang ditentukan?
  • Apakah ganjaran yang akan ditawarkan?
  • Adakah denda akan dikenakan?
  • Bagaimana hendak wujudkan keseragaman dalam pengendalian aktiviti kepada setiap peserta/kumpulan?

Soalan-soalan ini adalah panduan umum untuk kita peka terhadap apa yang perlu difikirkan dalam mencipta “experiential learning games”. Setelah “game” dicipta, kita juga perlu pertimbangkan beberapa aspek tambahan lagi seperti risiko, sensitiviti dan kebarangkalian-kebarangkalian lain yang mungkin boleh berlaku.

Apa yang paling penting dalam proses “experiential learning” adalah “consequences” (kesan) daripada setiap tindakan perserta perlu berhubungkait dengan pengajaran yang disasarkan (targeted lesson). Untuk ini berlaku, kita perlu menjadi pemerhati yang tajam dan boleh jalankan proses “debriefing” dengan baik agar hubungkait ini dapat dibentuk dengan betul.

Kesimpulannya, apa sahaja aktiviti terancang boleh menjadi strategi “experiential learning” dalam sesi program latihan sekiranya kita dapat memastikan peserta atau pelajar dapat membuat hubungkait yang betul antara apa yang mereka alami dengan pengajaran yang mahu disampaikan.

All the best!

Ahmad Fauzan Othman

Lead Trainer for HRD Corp Train The Trainer certification course by Access Ideas (M) Sdn. Bhd.

Dapatkan eBook “Fundamentals of Training” melalui:

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. (1114005D). All rights reserved. Terms & Conditions