• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to footer
Access Ideas

Access Ideas

Make Training Accessible

  • Home
  • About Us
  • Programmes
    • HRD Corp Training Programmes
      • HRD Corp Train The Trainer (TTT)
    • AIM Signature Programmes
      • Competency Gap Analysis Workshop
      • Training Impact Analysis Workshop
      • Strategic Leadership Development
      • Workplace Coaching & Mentoring
      • The 7 Essential Skills
      • AI-aided Instructional Training Material Design
    • HRD Corp Claimable Programmes
    • AIM Safe Programme
    • e-LATiH Programmes
    • Training Programme Registration
  • LOKASiDEA
  • AICPT
  • Registration
  • Blog
  • Contact Us

3 Tips untuk Trainer Muda Berhadapan dengan Participants Otai

Trainer muda selalu kena cabar dengan peserta yang “otai”. Soalannya ialah, kenapa kerap terkena pada trainer muda? Bagaimana perkara ini dapat di atasi?

Antara cabaran trainer muda ialah berhadapan dengan peserta latihan yang “otai”.

Apabila berdepan dengan orang yang lebih banyak makan garam, trainer muda akan selalu kena soalan-soalan berbaur provokasi yang menguji tahap kemampuan dan penguasaan “subject matter” trainer tersebut.

Saya percaya bahawa mencegah lebih baik daripada merawat. Jadi, saya akan cuba kongsikan beberapa petua yang saya amalkan semasa zaman rambut belum ada uban dan janggut belum tumbuh dulu.

Disclaimer: Ini adalah petua peribadi dan bukannya “hard-and-fast rule” untuk berhadapan dengan peserta “otai”.

1) Dapatkan pelbagai perspektif tentang topik yang disampaikan sebelum memulakan sesi latihan

Bahasa mudahnya, jangan baca satu buku dan terus buat training. Kaji perbagai “arguments” tentang topik dan konsep yang mahu diketengahkan. Mentor saya pernah kata, “Nak ajar 1 buku, kena baca 10 buku.”

Apabila kita nampak argument lain, kita akan dapat jangkakan hujah negatif atau pertikaian tentang apa yang kita sampaikan. Jadi buatlah persediaan yang sewajarnya untuk berhadapatan dengan pendapat yang bertentangan ini. Jangan “get caught off guard”.

2) Adab > Logik

Logik akal akan membuatkan kita rasa murid patut hormat guru. Logik akal akan kata orang muda lebih banyak pendedahan kepada ilmu terkini. Logik akal menyokong pendapat bahawa ilmu lebih penting daripada penyampai.

Namun, adab kita sebagai orang timur ialah, yang muda perlu hormati yang tua. Tidak kira kita siapa dan betapa handal kebolehan kita, kita wajib hormat orang yang lebih berusia.

Elak risiko dianggap “nak tunjuk pandai” pada peserta yang lebih “seasoned”, sebaiknya jadilah “humble”. Tidak rugi apa pun jika kita mengutamakan adab sopan dalam interaksi semasa sesi latihan.

3) Berpegang kepada falsafah dengan konsisten

Sekiranya melatih topik kemahiran insaniah (soft skills), kekurangan pada pengalaman boleh ditampung dengan berpegang pada satu-satu falsafah berkenaan dengan topik tersebut.

Sebagai contoh, untuk topik khidmat pelanggan, falsafah yang dipegang ialah “customer is always right, as long as they are in the right shop”. Falsafah ini memberikan had kepada hujah pelanggan sentiasa betul dan memberikan ruang untuk “right for refusal” bagi situasi yang luar kawalan.

Kemudian, usahakan untuk sentiasa mengamalkan falsafah berkenaan secara konsisten dalam apa juga situasi. Ini akan membantu kita mendapatkan pelbagai kisah dan tauladan serta contoh-contoh kajian kes yang boleh digunakan untuk mengukuhkan penyampaian falsafah topik berkenaan dalam sesi latihan.

Itu adalah tiga (3) tips daripada apa yang saya sendiri telah lalui dan amalkan sepanjang lebih 14 tahun menceburkan diri dalam bidang latihan.

Secara kesimpulannya, jangan cuba “lawan”. Usaha untuk tampung kekurangan diri (usia dan pengalaman) dengan bersandarkan kekuatan yang lain (strategi dan persediaan). Paling utama, bina “rapport” dan fokus kepada mencapai objektif latihan – bukannya untuk “impress” orang lain.

#theIdeaSensei #TrainTheTrainer #CharacteristicsOfACompetentTrainer

Footer

Contact Us

ACCESS IDEAS (M) SDN BHD
L01-46 & L02-80,
Menara Shaftsbury Putrajaya,
Jalan Alamanda, Presint 1,
62000 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Tel: 011-5636 4100 (Sufi)
Tel: 011-7019 5699 (Aateah)
Tel: 03-8890 5889 (Office)
  • Facebook
  • Instagram
  • LinkedIn
  • YouTube

Copyright © 2026 ACCESS IDEAS (M) SDN. BHD. (1114005D). All rights reserved. Terms & Conditions